*Part 7*

445 37 0
                                    

Apabila sedar Y/n tidak berada didalam biliknya. Y/n menoleh ke kiri dia nampak Namjoon, Y/n menoleh ke kanan dia nampak Jimin. Y/n bangun dari baring dia nampak belakang Namjoon ada Hoseok, Suga, Jin, Taehyung dan Jungkook sedang tidur di sofa.

"Dekat hospital ke? " soal Y/n dalam hati. Y/n mencari telefon bimbitnya ingin melihat sudah pukul berapa, "5 pagi? Ermm lapalah. " katanya dalam hati lagi. Y/n turun dari katil tanpa mengeluarkan bunyi. Y/n takut menganggu lena mereka.

Y/n mencari mesin air segera. "Aishh, lupa bawa duit" Y/n menghantuk kan kepalanya pada mesin itu.

"Nak air apa? " soal Jimin tiba-tiba .

"Aa terkejut Y/n" kata Y/n sedikit marah. "Nak coffee " katanya lagi.  Jimin membelikan air itu dan memberikannya pada Y/n.

"Lapar tak?  Nak makan apa? Bubur McD boleh?" tanya Jimin lagi. Y/n hanya menganggukkan kepalanya. "Okay, sekarang awak tunggu dalam bilik, saya pergi belikan makanan. " tetapi Y/n masih keras di situ dan air matanya mengalir. "Hey kenapa ni?" tanya Jimin sambil mengesat air mata Y/n menggunakan lengan bajunya.

"Nak ikut" kata Y/n lembut.

"Mana boleh ikut sayang, saya janji pergi sekejap je okay? " tanya Jimin lagi.

"Kalau sekejap, Y/n tunggu kat sini" Y/n duduk di atas kerusi bersebelahan mesin itu.

"Janganlah, sejuk lah kat sini" pujuk Jimin. Tetapi Y/n masih mengeraskan diri. "Okay okay, saya pergi sekejap je. Tunggu sini diam-diam taw! " Jimin terus berlari meninggalkan Y/n.

Jimin tidak menggunakan lift baginya lift terlalu lambat. Sewaktu di tempat parking kereta Jimin berfikir sejenak dan dia tidak menaiki kereta kerana ada trafik light. Jimin berlari ke McD berdekatan hospital itu dan membelikan Y/n bubur.

Y/n baru menunggu 15 minit Jimin sudah sampai tercungap-cungap.

"Yahh, kenapa nii? " tanya Y/n risau sambil menggosok belakang badan Jimin.

"Tak ada apa, saya kene kejar anjing tadi" gurau Jimin sambil menarik Y/n duduk kembali ke tempat nya. Jimin membuka bungkusan plastik itu dan mengeluarkan mangkuk bubur McD. "Aaaaaa" Jimin ingin menyuap Y/n.

"Takpelah saya boleh makan sendiri " kata Y/n ingin mengambil sudu itu dari Jimin tetapi Jimin tak bagi, dia tetap ingin menyuap Y/n. Y/n mengalah dan makan saja bubur itu. 5 suap Y/n meminta duit pada Jimin ingin membeli air lagi. Jimin bagi Y/n duit dan Y/n bangun beli air di mesin disebelahnya. Y/n membeli 2 botol mineral.

"Nah" Y/n menghulurkan satu botol air itu pada Jimin. Jimin menyambut dan minum sehingga habis. Y/n mengambil sudu itu dan menyuap Jimin,  "Awak berlari ke beli bubur ni tadi? " tanya Y/n sambil menyuap Jimin.

"Tak lah" bohong Jimin.

Y/n berhenti menyuap Jimin. "Saya ada mata tengok awak berpeluh, saya ada telinga dengar awak tercungap-cungap, dan saya ada otak untuk berfikir logik. " kata Y/n memandang Jimin. "Aishh tengok tu" Y/n mengelap peluh Jimin menggunakan lengan bajunya.

Jimin terkesima seketika. "How sweet this yeoja" katanya dalam hati. Mereka menghabiskan bubur dan masuk kembali ke dalam wad.

Pada pukul 10 pagi Y/n bangun dan lihat semua sudah tiada. "Pergi sarapan mungkin" kata Y/n dalam hati. Y/n bangun dan ingin mandi tetapi pintu bilik airnya berkunci. "Aikk siapa pulak ada dekat dalam ni" Y/n mengetuk pintu bilik air itu. "Knock knock " tiada respon . "Knock knock " sekali lagi Y/n mengetuk tiba-tiba pintu bilik air itu terbuka dan Y/n nampak Jimin baru lepas mandi dan hanya towel melilit pingangnya.

"Yahhh" Y/n berpaling dari melihat Jimin.

"Kenapa Y/n? " tanya Jimin. Jimin pelik kenapa Y/n blushing, bukan ke Y/n sudah lama tinggal bersama Bangtan?  Bukankah dia sudah biasa melihat lelaki tanpa baju?

[C] My Everything💜Where stories live. Discover now