Y/n terjaga dari lena kerana terdengar bunyi bising. Dia berjalan keluar dari bilik dan berhenti apabila melihat Jimin dan Taehyung seakan bertengkar. Y/n menutup mulutnya apabila melihat Jimin melutut di hadapan Taehyung dan mengatakan dia mencintai Y/n.
"Saya pun cintakan awak." kata Y/n. Dia berlari menuruni tangga dan memeluk Jimin.
"Y-Y/n? " Jimin memanggil Y/n, jantungnya berdegup kencang.
"Yes Oppa? " Y/n bersuara manja.
"Oppa? " Jimin terkedu.
"Em.. My Oppa. " Y/n mengeratkan lagi pelukannya.
Jimin menolak Y/n perlahan dan memandang kakinya. "Err apa yang Y-Y/n cakap tadi? " tanya Jimin.
"Yang mana? " tanya Y/n kembali.
"Yang awal-awal tadi. " Jimin masih memandang kakinya.
Y/n menundukkan kepalanya dan mencari anak mata Jimin, dia ingin Jimin melihatnya. Tetapi apabila Y/n menunduk, Jimin menoleh ke kiri, apabila Y/n ke kiri Jimin menoleh ke kanan. Y/n melilitkan tangannya pada pinggang Jimin. Terus Jimin memandang tepat ke anak mata Y/n. "Saranghae Oppa! " serentak itu Y/n mencium pipi Jimin.
"Ehem Ehem !" Namjoon dan Taehyung buat-buat batuk.
"Hyung kenapa rasa panas ea?.. Huuhh berpeluh TaeTae. " Taehyung pura-pura mengelap peluh di dahinya.
"Bahang cinta kot" Namjoon turut mengibas bajunya. Lagak macam mereka duduk di tengah padang pasir panasnya.
Y/n dan Jimin berpandangan antara satu sama lain dan ketawa bahagia.
*******
"Y/nnn-ahhh, jangan lah cabut bulu mata tu" kata Yuri, dia memukul perlahan tangan Y/n yang cuba mencabut bulu mata palsu itu.
"Beratlah Noonaaa! " rengek Y/n.
"Ishh, tak nak ke tengok Jimin terkedu bila naik pelamin nanti? " tanya Yuri.
"Mesti lah nakk tapi ini berat sangat Noona, mahu tak terbuka Mata Y/n nanti. " rengek Y/n lagi.
Yuri ketawakan Y/n. "Yelah yelahh" Yuri mencabut bulu mata itu dan hanya memakaikan Y/n maskara. Y/n tak perlu make-up tebal kerana mukanya yang sedia ada sudah cantik.
"Baby dah si---ap ke? " Namjoon yang masuk ke dalam bilik Y/n terkedu. "Cantiknya adik Hyung nii" Namjoon memuji Y/n. Dia datang dekat dan mengelap blusher di pipi Y/n. "I think it's ok kalau Y/n tak pakai make-up" Namjoon mencium dahi Y/n. "Dah siap ke? Nak bertolak dah ni. " tanya Namjoon pada Yuri.
"Dah! Y/n let's go " Yuri mengambil barangnya .
"Baby" Namjoon menghulurkan tangannya pada Y/n. Y/n menyambutnya. "Family kita semua dah tunggu kt dewan. " beritahu Namjoon.
"Okay" jawab Y/n sepatah.
Namjoon dapat merasakan tangan Y/n mengigil. "Jangan Nervous Baby, Hyung kan Ada. " Namjoon memeluk bahu Y/n. Apabila turun semua mengepung Y/n.
"Waaa siapa ni? Cantiknyaa ." tanya Hoseok.
"Mestilah adik kesayangan kita" Jin menyiku lengan Hoseok.
"Rupa-rupanya bidadari itu wujud! " Taehyung memegang jantungnya seolah-olah terkena serangan jantung dan Jungkook memeluk Taehyung.
"Hyung, jangan mati kat sini. Kalau nak mati bayar dulu duit Jungkook yang Hyung pinjam. " Jungkook juga belakon.
Taehyung terus berdiri tegak dan memandang Jungkook tak puas hati. "Yah!, Nanti Hyung bayarlah" kata Taehyung. Dia memasamkan mukanya.
Semua ketawakan mereka berdua.
"Dah dah, jom bertolak sekarang ." kata Suga.
Mereka bertolak ke dewan yang sudah ditempah oleh Bangtan. Sampai di sana, Bapa Y/n memimpin tangan Y/n masuk ke dalam dewan.
"Appa, Buseo. (Takut). " kata Y/n mengenggam tangan bapanya erat.
"It's ok baby." bapa Y/n menepuk lembut tangan Y/n. Mereka beriringan menuju ke atas pelamin. Sewaktu bapa Y/n ingin menyerahkan tangan Y/n pada Jimin, bapa Y/n berpesan padanya. "Jaga anak Appa elok-elok! Jangan sakitinya. "
"Saya Janji " Jimin menyambut tangan Y/n dan menarik Y/n dekat padanya. "You're so beautiful today honey. " Jimin berbisik ke telinga Y/n. Y/n blushing.
Setelah semuanya selesai Jimin meminta izin pada family nya dan family Y/n untuk pulang ke rumah.
"Jangan macam-macam yea Jimin. " Suga mengusik Jimin.
"Yahh! Hyungggg!! " Jimin mengejar Suga.
"Hahaha dah jadi suami orang pun masih nak main kejar-kejar " kata Jin . "So baby, Fighting! " Jin mengenggam tangannya memberi Y/n semangat.
"Hyung pun tak tahu nak cakap apa, hmm semoga kekal hingga akhir hayat yea, and Fighting! " kata Namjoon pula.
Merah padam muka Y/n . "Hyunggg, janganlah.. " Y/n memegang pipinya yang terasa panas itu.
"Huaaa nanti tak dapat tengok manja Y/n lagii,, huaaaaaa!! " Jin pura-pura menangis. Tetapi matanya memang sudah berair.
"Hmm bila fikir balik, Hyung akan kehilangan adik manja Hyung sorang ni. Sedih pulak rasanya. " mata Namjoon berkaca.
"Tak akan! Y/n tetap adik Hyung sampai bila-bila! " Y/n memeluk mereka berdua. Y/n menjadi sebak tiba-tiba.
"Haaaa penat la, Y/n tengok laki Y/n ni. " Suga mengadu pada Y/n.
"Ahh H-Hyung tu yang mulakan dulu." kata Jimin tersekat-sekat kerana penat mengejar Suga.
Y/n , Namjoon dan Jin ketawakan mereka berdua.
"Y/n-ahh" . "Babyy" panggil Yuri, Taehyung, Jungkook dan Hoseok serentak. Di tangan mereka penuh dengan hadiah.
"Barang nii nak letak kat mana? " tanya Taehyung .
"Jom, letak dalam kereta. " Jimin mengambil semua dari tangan Yuri.
"Oppa, meh sini" Y/n ingin mengambil separuh dari Taehyung tetapi Taehyung tak bagi.
"Eh, baby tak payahlah angkat, beratlah. " kata Taehyung.
"Sebab beratlah Y/n nak tolong. " Y/n ingin mengambil juga tetapi Namjoon mengambil separuh dari Taehyung, Jin mengambil separuh dari Jungkook dan Suga mengambil separuh dari Hoseok.
"Dah-dah, jangan gaduh sebab Hyung. " gurau Namjoon. Y/n ketawakan Namjoon.
Apabila mereka beredar Yuri memberikan Y/n hadiah.
"Apa nii Noona? " tanya Y/n.
"Night dress, Yang ni paling sexy taw! " Yuri mengenyitkan matanya pada Y/n dan tersenyum lebar melihat Y/n blushing.
"Noonaaaa! " rengek Y/n malu.
"Hahaha nii lagi satu. " Yuri menyerahkan sebuah kotak sebesar tapak tangan. Y/n kenal kotak itu. "Mina punya gelang yang sama dengan Y/n".
Y/n memandang tangannya, gelang pemberian Mina semasa hari lahirnya yang ke 17 masih dipakai. Y/n memandang Yuri kembali sambil tersenyum walaupun matanya sudah berkaca. Y/n mengambil kotak dan mengeluarkan gelang itu dan memakaikannya pada tangan Yuri. "Y/n tahu Noona rindukan Mina Noona, ambillah ini sebagai kenagan. Y/n dah ada satu. " Y/n mengangkat tangan dan menunjukkan gelangnya.
Yuri memeluk Y/n sambil menangis. "Rindu Mina. " Yuri teresak-esak.
Y/n mengosok badan belakang Yuri. "Y/n pon, Rindu sangat-sangat! " Y/n mengeratkan lagi pelukannya.
"Honey? " panggil Jimin.
Y/n melepaskan pelukannya dan mengelap air mata baru berpaling melihat Jimin. "Yes? "
"Jom? " ajak Jimin.
Y/n memandang Yuri dan mengelap air mata Yuri. "Y/n balik dulu ya. " Y/n melagakan pipinya pada kedua belah pipi Yuri.
"Jangan lupa pakai baju tu yea Y/n. " pesan Yuri tersenyum nakal pada Y/n.
"Aishhh Noonaaa" Y/n membesarkan matanya.
YOU ARE READING
[C] My Everything💜
Fanfic*Epilog* Y/n berperwatakan Tomboi tapi manja. Y/n adalah satu-satunya perempuan di dalam keluarga, mungkin disebabkan itu Y/n berperwatakan Tomboi. Tetapi setelah Y/n berjumpa Jin dan Taehyung, Y/n nekad untuk berubah menjadi seorang 'Gadis' . Y/n...