SEBELUM INI DALAM MUSLIHATHadi tersepit dalam kancah percintaan Nur Azha dan Rauf. Tambah buruk, Rauf ditemui mati dalam keadaan mengerikan lalu menemukan semula Hadi dengan bekas kekasihnya, seorang pegawai polis bernama Khalid.
***
"Siapa kau dengan dia?"
"Penting ke untuk kau tahu?"
Khalid terhenyak. Dia mencerlung wajahku kemudian silih berganti kepada wajah gusar Nur Azha. Sepuluh minit kami melepak di Salim Corner, barulah Khalid memecah beku. Marlboro Ice dikeluarkan dari kotak. Menghidupkan muncungnya dengan pemetik api kemudian dia tenggelam dalam keinzalan nikotin. Soalannya kedengaran lagi.
"Rauf mati ngeri macam tu dan kau masih nak tanya penting ke tak?"
Aku sengih sinis. "Supaya kau boleh jadikan aku saspek? Camtu?"
Khalid menjelingku. Kemudian dia menggelengkan kepalanya tidak percaya. "Kau ni tak pernah berubah, Hadi. Selalu sangat triggered. Ke perangai bottom memang macam ni?"
Penumbukku sudah tergenggam di sisi. Tinggal dihayunkan saya ke muka Khalid. Tetapi bila melihat Nur Azha yang murung, amarahku terpadam begitu sahaja. Sudahnya, aku membatalkan pesanan teh tarik dan roti canai kuah banjir lalu memaksa Nur Azha meninggalkan Khalid yang terpinga-pinga.
"Apa lagi tah yang Khalid tu tak puas hati ngan aku agaknya," gumamku usai meninggalkan Salim Corner.
"Dia just jalankan keje dia je. Kau tau jela bila libatkan kes macam ni. Orang-orang keliling pun kena disoal siasat jugak," ulas Nur Azha, mungkin sekadar memujuk hatiku yang panas.
Aku mengiyakan kemudian mendiamkan diri sepanjang pemanduan. Mengenangkan Khalid, hatiku redam. Mana tidaknya. Lima tahun menyulam kasih. Cinta mati kononnya. Tapi runtuh sebab dipaksa kahwin emaknya di kampung. Alasan Khalid mudah. Enggan dituduh anak derhaka. Emaknya mahu merasa menimang cucu. Jadi emaknya sudah carikan jodoh sekampung. Aina namanya. Lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Awam UiTM. Anak Imam Razali. Ibunya Hajah Rohani. Keturunan baik-baik, jadi emaknya berpendapat yang Khalid akan bahagia jika berkahwin dengan Aina dan hasratnya untuk menimang cucu akan tercapai.
'Bullshit' jerkahku pada satu pagi ketika kami menjamah nasi lemak di ruang dapur. Hampir saja bungkusan nasi lemak berkuah sambal udang itu melayang ke mukanya. 'Kau kan boleh cakap yang kau belum sedia nak kahwin? Habis, camne dengan aku?' marahku lagi.
Khalid terpempan ketika amarahku sudah memuncak. Dia cuba memancingku dengan kata-kata manisnya sambil lengan sasanya merangkulku dari belakang. Kemudian, dagunya yang ditumbuhi bulu-bulu nipis janggut yang sudah dicukur, membelai manja tengkukku. Katanya, dia sanggup berbahagi kasih dengaku. Dia boleh tipu Aina kalau-kalau aku perlukan belaian. Ketika bibirnya mendarat lalu mengucup batang leherku, tangisanku reda perlahan-lahan. Aku memalingkan wajah yang suram dan dia memandangku dalam-dalam. Kolam matanya juga nampak berkaca. Dia sedih barangkali. Dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Dahi kami bercantum. Pangkal hidung kami juga bersatu. 'Aku takkan tinggalkan kau,' bisiknya. Aku angguk lemah. Selepas itu aku tidak sedar yang pakaian kami sudah tertanggal usai dia merangkul tubuhku lalu merebahkannya ke atas meja makan. Dia mengemudiku dengan rakus sekali. Senggama yang enak itu buat kami hanyut. Ia berakhir kira-kira sejam setengah selepas itu dan kami sama-sama bermandi peluh. Aku pula sudah terbaring di celah kelangkangnya. Keris sanjungannya juga sudah dua kali memuntahkan air nikmat. Pancutannya ada yang masuk ke mataku. Pedih rasanya.
YOU ARE READING
Mini Siri: Muslihat
Mystery / ThrillerDisclaimer: NSFW & Mature Content. Hadi dikejutkan dengan kehilangan misteri sahabatnya. Khalid pula ingin menebus luka lama kerana kesilapan silam. Nur Azha menjangkakan yang bekas kekasihnya akan kembali kepadanya semula. Antara cemburu, dendam d...