Muslihat 07/07-Bahagian 1

668 15 0
                                    




Hai?

Kalian mungkin sudah mengenali siapa aku. Apa pekerjaanku. Apa jantinaku. Apa status perkahwinanku dan apa orentasi seksualku.

Ketika aku masih muda ku akui yang aku agak nakal. Ke sana sini aku mengangkut jantan demi memuaskan nafsu. Ada kalanya aku beranggapan yang nafsuku tidak seimbang. Sentiasa kegersangan sentuhan seksual. Jadi hampir setiap minggu aku bertemu dengan lelaki-lelaki yang dahagakan belaian lelaki-lelaki lain. Gay maksudku.

Pertemuan demi pertemuan menemukan aku dengan seorang lelaki bernama Mr J. Daddy type. Badan saiz beruang. Tidaklah chubby. Tidaklah juga terlalu sasa. Sedap-sedap orang kata. Wajahnya tidaklah terlalu tua. Tetapi garis halus di dahinya menunjukkan yang dia mungkin sudah mencecah 50-an. Itu dibuktikan dengan rambut hitam dikepalanya yang sudah beruban keperak-perakan. Pandangannya tajam, bersinar cemerlang. Ketika dia senyum, garis rahang yang ditumbuhi bulu-bulu jambang yang halus akan menyerlahkan kematangannya. Disusuli pula dengan bau pudina segar  yang terbit ketika dia berkata-kata yang membuatkan aku terus jatuh cinta.

Aku tidak berapa tahu nama sebenarnya. Hakikatnya semua golongan gay yang menjalankan kegiatan One Night Stand tahu kenyataan itu. We never bother to ask full names. Yang kami tahu, daftar masuk hotel, fuck dua-tiga pusingan, bonus jika mandi bersama atau cuddling sambil bercerita benda-benda bodoh hingga tertidur. Malang jika bertemu gay yang mementingkan diri sendiri. Asal bil air berbayar, terus mencuci torpedo dan sambung tidur tanpa ucap terima kasih. Aku lebih kerap diketemukan dengan golongan yang malang ini.

Aku hanya tahu Mr J seorang pembangun hartanah. Ketika sesi peluk memeluk, dia ada mengatakan yang tanahnya berekar-ekar, dikongsi sama dengan pemilik tekstil Tan Sri Amar Joseph, si tua gila BDSM. Namun, cubaan untukku mengorek lebih lanjut tentang kegiatan Tan Sri Amar Joseph terkandas bila Mr J kerap mengajakku untuk threesome dengan anak ikannya, seorang peladang berbadan sasa dari Magelang, Indonesia bernama Anton. Aku menolak dengan cara baik. Lagipun aku dah ada anak bini. Tak tergamak pulak rasanya nak curang sampai macam itu sekali.

Namaku Khalid. Kerja pegawai polis. Ketika kalian membaca coretan ini, aku mungkin sudah mati. Cuma aku hairan. Apa kaitan Rauf dengan Mr J? Rakan thereesome dia jugak ke? Dahlah main belasah muka aku. Sakit la babi!


***


The number you have call is not reachable. Please try again later.

Aku menyumpah lagi dalam hati. Celaka punya Khalid. Ditipunya aku hidup-hidup! Aku mendail lagi nombor Khalid. Suara gadis operator yang kedengaran di hujung talian sangat menjengkelkan. Sudahnya aku mencampakkan telefon itu ke atas sofa kemudian berjalan buru-buru ke dapur. Jus oren dari dalam kotak aku teguk, sekadar menghilangkan rasa haus. Hatiku mula membugar dengan rasa marah. Kalau aku tahu akan ditipu begini, sudah tentu aku belasah saja Khalid cukup-cukup. Kalau mati lagi bagus!

Bunyi berdenting menandakan satu mesej dari dalam telefon. Aku tidak tergesa untuk membalas sebaliknya meraih alat kawalan jauh kemudian menekan punat ON sambil duduk bersandar menghadap kaca televisyen. Cuplikan rancangan realiti tv baharu yang bakal bersiaran minggu hadapan sekadar visual mataku sahaja. Otakku melayang memikirkan Khalid. Entah apa istimewanya lelaki itu. Sudahlah tinggalkan aku demi Aina. Dengan cabulnya senang-senang meminta maaf sebab dipaksa emak untuk berkahwin demi membuktikan yang dia selurus pembaris. Eleh! Macamlah aku tak tahu dibelakangku Khalid enak mengulit jantan-jantan sepi. Soalnya, siapa tak tergoda dengan bentuk tubuh Khalid umpama circuit boys yang menggiurkan sesiapa sahaja yang melihat? Pernah saja aku memeriksa telefonnya senyap-senyap dan menemukan skandal-skandal ternama. Tapi biasalah Khalid. Bila ditanya sikitpun tidak mahu mengaku. Sayangnya tertumpah pada aku seorang sahaja. Tidak ada lelaki lain bertahta di hatinya. Lelaki mata keranjang semuanya sama. Aku diamkan diri sebab aku tahu tidak ada guna untukku mempertahankan cintaku yang konon-konon itu. Khalid tetap akan berkahwin dengan perempuan. Sudah azalinya begitu. Cuma aku yang menyongsang arus. Mencabar hukum.

Bunyi dentingan telefon bimbitku sudah terdengar untuk kali yang ke tiga. Aku raih juga telefon itu dan membuka passkey dengan pantas. Tiga pesanan WhatsApp. Dua daripada Khalid dan satu kiriman Nur Azha. Aku membuka pesanan Nur Azha dahulu. Ada dua perkataan tertera di situ.

T o l o n g A k u

Aku mengerut kening. Last seen Nur Azha kira-kira setengah jam yang lalu. Mungkin ketika aku galak menelefon Khalid dan menghambur kata-kata makian padanya. Aku abaikan mesej Nur Azha kemudian beralih kepada mesej Khalid. Mesejnya pendek-pendek sahaja.

Hadi

Bukak pintu dpn

Aku hela nafas dalam-dalam. Cuba untuk mengawal resah yang datang dengan tiba-tiba. Aku sarung boxer ungu lembayung yang terselit jauh di bawah sofa kemudian bangun dengan perlahan dan menuju ke muka pintu. Lama aku berdiri di situ sambil tanganku diangkat selaras dengan perut, menggapai tombol pintu gangsa yang entah kenapa terasa sangat dingin. Kemudian, tanpa rasa teragak-agak, aku memulas tombol dengan pasrah dan membuka sedikit daun pintu kayu jati itu hingga menerbitkan rasa nyaman kerana ditiup angim malam.

Aku lihat kejauhan. Selain pekatnya malam kerana tidak ada sinar rembulan di dada langit, tiada sesiapa yang menantiku di luar. Nafasku yang mula hendak kencang bertukar lega sedikit. Namun ketika aku cuba melangkah keluar, kakiku terpijak sesuatu yang kasar dan kesat. Aku pandang ke bawah dan aku lihat bungkusan sampul surat coklat tergeletek di kakiku. Aku menunduk dan ambilnya dengan segera lalu menutup pintu dan menguncinya dari dalam.

Aku buka bungkusan itu. Ada cakera padat video tidak bertajuk di dalamnya. Dilampirkan bersama nota kertas kuning dengan dua patah perkataan tercatat di atasnya.

SILA TENGOK

Aku tidak buang masa. Aku berlari semula ke peti tv dan memasang suis cakera padat video dan memasukkan kepingan bulat itu pada pemainnya. Sesaat, visual dari cakera padat itu terpancar di layar televisyen memperlihatkan Nur Azha yang diikat tangan dan kakinya dalam keadaan bogel dipaksa untuk melakukan seks dengan seorang lelaki tua dan Rauf! Khalid pula diikat di atas kerusi, dibogelkan. Selain matanya ditutup, kerisnya nampak menegang dan ini menjadi alat pemuas nafsu lelaki tua itu untuk mengunggangnya laju-laju.

Lima belas minit berikutnya, kelihatan seorang lelaki bersaiz beruang merangsang Nur Azha yang dalam keadaan sangat lemah. Keris Nur Azha yang sudah menegang, ditunggangnya tanpa perasaan hinggakan tubuh Nur Azha menggeletar (mungkin kesan ejakulasi) kemudian tidak sedarkan diri.

Visual itu berakhir di mana tiga lelaki durjana itu berdiri mengelilingi Nur Azha dan Khalid yang tidak sedar sebelum memuntahkan cairan putih dan likat bertali arus pada tubuh kedua mereka.

Aku membeku. Seluruh urat sarafku seperti terkena renjatan elektrik. Fikiranku terganggu dengan imej-imej jelik itu sebelum terdengar dentingan mesej kiriman Khalid.

b u k a -p i n tu

Nafasku terasa sesak. Aku cuba menahan debar yang mula hendak berputik sebelum mengambil kayu besbol yang aku sorokkan di bawah almari buku lalu aku genggamnya kuat. Langkahku perlahan-lahan ke muka pintu sambil peluh dingin mula basah di kepala.

Aku buka pintu dengan berani. Masih tidak ada sesiap di luar. Aku mara sedikit dengan penuh hati-hati. Dan seperti telahanku, aku terpijak sesuatu. Kali ini licin seperti plastik dan agak berlendir. Aku pandang bawah sebelum jatuh terduduk di ruang simen di hadapan rumah. Kepala Nur Azha dipenggal dengan darah yang membuak-buak selain tubuhnya yang dulu gagah sudah bertukar menjadi kurus kering seperti kehilangan zat.

Aku cuba menjerit namun kepalaku diserkup pula dari tepi sebelum tubuhku dihentam kayu besbol.

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2

Mini Siri: MuslihatWhere stories live. Discover now