Muslihat 05/07

913 22 1
                                    


Nur Azha menjalin hubungan sulit dengan suspek utama pembunuhan Rauf, Tan Sri Amar Joseph. Aina pula melarang keras Khalid bertemu anak mereka Khairil dan dalam masa yang sama Aina mempunyai perkaitan dengan Mr J yang menjadi kunci utama kepada kepada kematian Rauf.

***

            Cubaan menelefon Khalid ternyata gagal. Malah, lebih buruk SMS dan WhatsApp aku juga tidak dijawab lelaki itu. Entah mana perginya. Aku duduk dahulu di atas sofa sambil membuka TV. Saluran Discovery yang memaparkan kisah tentang penyeludupan kokain di Mexico memancing tumpuanku, melenyapkan kegusaran terhadap Khalid yang sudah seharian menghilang.

            Aku ke dapur ketika dokumentari itu jeda dan diisi dengan iklan. Semangkuk beri hitam, segelas susu dan empingan kentang Mister Potato aku bawa bersama. Kemudian selang lima minit, WhatsApp dari Nur Azha pula menerjah. Bosan dan lapar katanya. Mahu mengajakku makan luar bersama. Aku membalasnya dengan OK sahaja kemudian mencadangkan agar Nur Azha datang ke rumahku. Baki Fettucine, sos pekat segera Alfredo masih ada. Begitu juga dengan udang dan sotong yang masih tersimpan elok di dalam peti sejuk. Nur Azha terus bersetuju kemudian tidak sampai tiga puluh minit, kami sama-sama di dalam dapur. Aku menyiang sotong dan udang manakala dia mengupas bawang putih dan mencari-cari botol serbuk lada sulah.

            "Kenapa kau nak risau plak? Ntah-ntah si Khalid tu jumpa bini dia tak?"

            Dengusan nafasku kedengaran protes. "Tak mungkinlah. Si Aina tu yang mintak cerai pun. Takkanlah dia nak terima Khalid balik senang-senang je?"

            Nur Azha sengih. Dia memerhatikanku menumis bawang putih dengan minyak zaitun ekstra dara hingga harum. "Diorang kan ada anak. Dia jumpa anak dia kot?"

            "Entahlah," keluhku. "Mungkin dia bizi. Dia kan polis. Sibuk la kot sebab kes Rauf pun tak settle lagi kan?"

            Nur Azha mengangguk. Dihulurkan padaku campuran sotong dan udang lalu aku tumisnya ke dalam kuali tidak melekit. "Haah, speaking of Rauf apa perkembangan kes dia ek?"

            Aku menolehnya dengan roman tidak percaya kemudian aku memasukkan sos segera Alfredo ke dalam kuali. "Kau ni cakap macam takde perasaan tau? Patutnya kau lagi yang lebih tau dari aku. Kau kan bf dia?"

            Nur Azha terkulat-kulat. Dia menghulurkan Fettucine yang sudah siap direbus dan ditos kering kepadaku. Senyuman serba salahnya berekor di bibir. "Alah. Buatpa nak ingat benda dah takde?"

            Aku membeliakkan mata. "What? Bf apa kau ni?"

            Nur Azha sengih. Ditatangnya mangkuk kaca ke atas meja makan kemudian menyedukkan Fettucine Alfredo tanpa segan silu ke dalam pingganya. "Kalau dia ada pun buat sakit hati je, buatpe kan?"

            "Maksud kau?"

            "Ala aku taula yang dia menyundal kat belakang aku."

            Suapanku terhenti. Aku pandangnya dalam-dalam. "Menyundal?" soalku pura-pura. "Camne kau tau?"

            Sengihan sinisnya terpamer. "Kalau dah tiap-tiap bulan dapat 10-20K dalam bank, siapa yang murah hati kasi? Kerja pun biasa-biasa je mamat tu. Ada sekali aku nampak collection bisnes kad dia. Si Ustaz Mubin penceramah femes tu pun ada. Tokey kilang kain si Tan Sri Amar Joseph tu pun ada. Bila aku selongkar barang-barang dia, penuh kondom, lube dengan sextoys. Apa semua tu?"

            Aku diam tidak berkutik. Sekadar tidak menyampuk kemarahan Nur Azha yang mula hendak membugar. Aku menambahkan sotong dan udang ke dalam pinggannya, sekadar umpan untuknya terus bercerita.

Mini Siri: MuslihatWhere stories live. Discover now