Sebelum ini dalam MuslihatHadi risau Rauf masih gagal dihubungi dan dalam masa yang sama dia dan Nur Azha menerima nota ancaman bunuh. Aina menghasut Mahani untuk lari dari cengkaman suami gila seksnya Ustaz Ahmad Mubin.
***
Penjelasan Aina mudah. Curi kad bank Abang Mubin, ambil duitnya seberapa banyak dari bank kemudian lari jauh tinggalkan rumah. Mahani sudah membulat tekad. Sudah tidak sanggup rasa emosinya dipermaikan oleh Abang Mubin. Tujuh belas tahun melayar bahtera, tidak pernah sedikit pun Abang Mubin menjaga perasaannya. Lebih buruk, Abang Mubin galak menambah cawangan. Bukan satu tetapi dua orang. Luka yang semakin parah menjadi amarah yang kian terpendam.
Tetapi tidak untuk hari ini. Mahani perlu lakukan sesuatu agar Abang Mubin tidak dapat mencarinya. Hasrat itu diluahkan kepada Aina. Dan Aina, seorang wanita muda yang cantik dan lincah lekas sahaja memberi cadang. Semuanya bermula awal pagi tiga hari lalu di mana wang Abang Mubin sudah diambil lalu dipindahkan ke dalam akaun Aina. Mahani kemudiannya menipu Abang Mubin dengan mengatakan yang dia hendak bermalam di rumah Aina. Kasihan Aina bersendirian. Abang Mubin yang lekas terpujuk cepat sahaja mengizinkan tanpa dia tahu yang esok paginya, dia bakal dibunuh. Caranya mudah saja. Usai dua madunya menyediakan sarapan pagi- biasanya seawal jam 5- Mahani curi masuk ke dalam dapur dan titiskan racun ke dalam air minuman Abang Mubin, sebelum keluar senyap-senyap dari rumah . Abang Mubin biasanya akan mula bersarapan pada jam 6 pagi. Ketika dia sudah separuh perjalanan, mungkin Abang Mubin sudah mati terlentang dengan mulut berbuih.
Telahannya tepat. Usai tiba di Lapangan Terbang Heathrow London, dia membaca mesej madu bongsunya yang Abang Mubin telah meninggal dunia. Mahani sekadar senyum puas sebelum membuang simkad dan telefon bimbitnya ke dalam tong sampah. Aina yang berdiri di sebelahnya turut membalas senyuman.
"So Kak Ani dah ready dengan next plan?"
Mahani angguk tidak sabar. "Sapa taknak buat plastic surgery kan?"
Kedua wanita itu tertawa.
***
"Kau pergi mana?"
"Ambik anak aku sekolah."
"Tipu!"
Aku mencerlung wajah Khalid yang nampak tidak puas hati. Segelas air masak diambil dari peti sejuk dicicipnya rakus. "Buat apa aku nak tipu kau?"
Aku mendengus geram. "Kau hilang 2-3 hari camtu je. Takkanla ambik anak sekolah lama macam tu?"
Khalid sengih. Langkahnya mara kepadaku. "Kau ingat aku takde life ke apa?"
"Telefon kan ada? Tak reti-reti nak whatsapp ke? Call ke? Aku risau tau tak?" bentakku.
"Tak payah risau. Aku dah besar. Aku pandai jaga diri," balas Khalid.
"Butoh! Kalau jadi apa-apa kat kau?"
"Kau cakap apa ni, Hadi?"
Aku melemparkan nota ugutan bunuh yang diterima beberapa hari lalu ke mukanya. "Baca tu, mangkuk. Kalau kau tak risau diri kau, risau fasal orang keliling kau!"
Khalid tenggelam dalam pembacaannya. Kemudian tidak sampai sesaat, dia merembat semula kunci Saga yang tergeletek di atas meja kopi.
"Kau nak pergi mana?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Mini Siri: Muslihat
Misterio / SuspensoDisclaimer: NSFW & Mature Content. Hadi dikejutkan dengan kehilangan misteri sahabatnya. Khalid pula ingin menebus luka lama kerana kesilapan silam. Nur Azha menjangkakan yang bekas kekasihnya akan kembali kepadanya semula. Antara cemburu, dendam d...