Bogor, Jakarta, 1965.
BERKEPUL-KEPUL asap dari kemenyan yang dibakarnya naik ke atas udara mengelilingi rumah papan yang sedikit tersorok dari pandangan mata orang kampung. Terkumat-kamit bibirnya membaca jampi serapah yang diajar oleh bapa tirinya ketika dia masih berusia belasan tahun. Sesekali bebola hitamnya tidak kelihatan.
"Macam mana Tok? Boleh tak?" tanya Arman. Tidak senang duduk. Sedari tadi meremang saja bulu romanya. Seperti ada yang memerhati dia di sebalik pintu bilik Tok Hitam.
Lelaki berusia separuh abad itu mengangguk. Mata dipejam. Berkerut-kerut keningnya. Kemudian dia tersenyum sinis. Dia menoleh ke belakang dan membisikkan sesuatu kepada lembaga hitam yang setia menanti dari tadi.
"Tetapi ada syaratnya," kata Tok Hitam. Mata dipejam.
"Apa dia Tok? Saya sanggup lakukan apa saja asalkan Tok dapat 'buat' dia merana," ujar Arman. Dia nekad. Demi dendamnya terhadap perempuan yang dibenci setelah sekian lama. Dia sanggup lakukan apa saja. Biar perempuan itu merana. Biar dia menyesal kerana tidak memilih dirinya dulu.
"Baiklah," Tok Hitam tersenyum jahat. Dia tahu dia tidak akan pernah gagal untuk menyesatkan dan memperdayakan cucu Adam.
"Apa syarat-syaratnya, Tok?" soal Arman. Menyedari soalannya tadi belum dijawab. Tiba-tiba dia menjadi resah. Menggigil tubuhnya buat seketika.
"Ke sini sebentar," arah Tok Hitam seraya tangannya yang berkedut itu membuat isyarat supaya Arman mendekatinya.
Akur dengan arahan itu, Arman terus mendekatkan dirinya dengan Tok Hitam. Lelaki tua itu kemudian membisikkan sesuatu. Arman mengangguk.
"Saya okey aje Tok. Alah, syarat yang Tok berikan tu senang aje la!"
Tok Hitam mengangguk.
Duit bertukar tangan. Syarat sudah diberi. Pemujaan akan dilakukan sebentar lagi. Antara dia dan jin.
"Kamu boleh pulang sekarang," kata Tok Hitam. Arman akur. Dia terus pulang meredah malam yang sunyi tanpa menyedari 'benda' itu turut mengikutnya balik ke rumah.
YOU ARE READING
The Curse : The Nerd Girl With Her Mystery Curse
HorrorDialah si pemuja syaitan, yang memesongkan akidah manusia. Tika petang berganti malam, darah gadis perawan akan membasahi batu hitam berpenunggu milik nenek moyangnya. Kampung Cempaka Kuning yang dahulunya aman kini dihantui dengan manusia tidak ber...