01 | Bergayut

94 13 2
                                    

Malaysia, 2017.

KERUSI plastik itu ditariknya. Sebaik saja dia masuk ke kelas sebentar tadi, suasana menjadi hening. Beberapa pelajar memandang ke arah wajah pelajar perempuan yang baru saja masuk ke kelas itu selepas pintu kelas mereka diketuk. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.

Raewilia melabuhkan duduk di kerusi itu. Beg diletakkan di tepi meja. Iris mata hazelnya membalas pandangan rakan sekelasnya. Cepat-cepat yang lain memandang ke arah lain kemudian menyambung kerja yang terhenti. Masing-masing dapat merasakan aura yang berlainan apabila pelajar baru itu masuk ke kelas mereka. Suhu yang panas tadi terus bertukar menjadi sejuk. Macam ada penghawa dingin saja.

"Hai, aku Merwina. Ni first day kau kan kat sekolah ni?" Merwina yang duduk di hadapan Raewilia memusingkan tubuhnya menghadap pelajar baru itu, tangan dihulur sebagai tanda perkenalan.

Namun tangan itu dibiarkan sepi. Merwina menarik tangannya semula. Malu sendiri apabila huluran tangannya tidak dibalas.

"Raewilia."

Merwina angguk. Senyuman manis diberikan kepada Raewilia. Dia ni nampak aje sombong tapi hati dia baik, desis hati Merwina.

Waktu kelas habis tepat pada pukul 12.20 tengahari. Usai memberi salam kepada guru mereka, pelajar yang lain pulang menuju destinasi masing-masing.

"Nak pulang sama tak?" ajak Merwina ketika dia terserempak dengan Raewilia.

Angguk.

"Kau memang pendiam eh?" tanya Merwina. Wajah Raewilia dipandang lama, menanti jawapan pelajar baru itu.

Sepi.

"Kalau taknak cakap takpelah. " Merwina akhirnya mengalah. Tidak mahu memaksa pelajar baru itu untuk berbicara dengannya.

"Maaf, tapi saya memang macam ni." kata Raewilia seraya tersenyum nipis. Dia melambai ke arah Merwina sebelum berjalan masuk ke simpang yang bertentangan dengan rumah Merwina. Simpang untuk ke rumahnya berada di sebelah kiri. Merwina pula sebelah kanan.

Merwina tersenyum. Sekurang-kurangnya Raewilia menjawab soalannya. Mungkin Raewilia masih segan untuk bercakap dengannya memandangkan dia pelajar baru di sekolah itu. Mungkin.

"Eh." Merwina memusingkan tubuhnya apabila terperasankan sesuatu. Namun Raewilia sudah hilang dari pandangan mata. Aik, cepat betul dia berjalan, bisik hati kecilnya. Ah mungkin dia salah nampak. Banyak sungguh kemungkinan yang dilihatnya dalam diri Raewilia. Pelajar baru itu seperti ada sesuatu yang disembunyikan.

Wajah yang langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Terasa kosong. Merwina mengangkat bahu. Malas mahu mengendahkan apa yang dilihatnya tadi, terus dia melangkah pulang ke rumah. Fikiran masih lagi memikirkan tentang pelajar baru itu.

Semoga keesokan harinya benda hitam yang bergayut di belakang tubuhnya sudah tiada. Amin.

The Curse : The Nerd Girl With Her Mystery CurseWhere stories live. Discover now