04 | Mati

90 12 0
                                    

Thailand, 2016.

LAPAN jam dia menaiki kapal terbang ke sini, akhirnya tiba juga. Kertas kecil yang disisip di poket seluarnya diseluk. Alamat yang diberikan oleh kawannya itu dibaca.

Langkah diatur menuju teksi yang setia menunggu di situ, kemudian dia memberikan alamat itu kepada pemandu teksi.

"C301, C301. Pergi ke pergunungan Puay Thai." telefon bimbitnya didekatkan dengan mulutnya, merakam setiap bait perkataan yang diucapkan.

Ting! Ting! Ting!

Banyak notifikasi masuk dalam satu masa. Semua melarang dia untuk pergi ke sana. Itu menempah maut namanya. Kawannya, Ronald, yang juga berasal dari Malaysia menelefon dia.

"Ya, aku nak pergi sana. Kenapa?" jawab si pemandu teksi perlahan, takut didengari oleh anak muda itu.

"Kau dah gila!? Kau lupa apa yang jadi kat semua orang yang pergi sana? Sekali kau masuk pergunungan tu, pulang dengan tiket kematian. Kau nak macam tu? Kau tau aku sayang kau kan. Kau ada keluarga. Dorang semua tunggu kau pulang! Cepat, cakap yang kau taknak pergi sana." suara di hujung talian kedengaran keras di telinganya. Mengingatkan kawannya yang dia tidak sepatutnya pergi ke sana. Bukan sekali kawannya hilang. Oleh itu, dia harus berhati-hati.

"Aku.. Pandai-pandai la jaga diri aku. Kau takpayah risau eh. Kalau aku tak balik-balik jugak lepas subuh, bagitau keluarga aku yang aku sayang dorang." balas si pemandu teksi, sayu. Panggilan dimatikan. Satu keluhan berat dilepaskan.

Tidak lama kemudian, teksi itu bergerak meninggalkan lapangan terbang.

"Dik nak pergi ke pergunungan Puay Thai ke? Ambil masa lima jam jugak nak pergi sana tu." beritahu si pemandu teksi dalam bahasa Melayu.

Terkejut dia apabila lelaki itu fasih berbahasa Melayu. Susah-susah saja dia belajar bahasa Thailand di kapal tadi. Lingkaran hitam di bawah mata jelas kelihatan. Sanggup dia bersengkang mata untuk mempelajari bahasa itu. Ingat senang ke nak hafal? Dia ni sudahlah jenis yang bukan mudah mengingati sesuatu. Hal yang terjadi tiga jam yang lalu pun dia lupa, apatah lagi dia harus menghafal bahasa Thailand itu dalam masa lapan jam.

"Pakcik dari Malaysia, datang sini nak cari kerja. Alang-alang dah kahwin kat sini, pakcik menetap terus tinggal bersama keluarga tercinta." ujar pemandu teksi yang menggelar dirinya pakcik itu, sekaligus menjawab semua persoalan yang bermain di benak anak muda itu.

"Oh..."

"Dik nak buat apa kat sana?" tanya si pemandu teksi, ramah.

"Err... Saya nak jumpa nenek saya." bohongnya.

"Nenek? Manada nenek kat sana. Semua lelaki, kaum wanita tidak dibenarkan tinggal di sana atas sebab-sebab tertentu." kata pemandu teksi.

"Oh, yeke?" bibir diketap. Menahan malu. Terbongkar sudah penipuannya.

"Tak apa. Saya cuma nak pesan, hati-hati." nada suaranya menjadi perlahan.

"Kenapa pula?" keningnya berkerut. Buat apa nak hati-hati di sana? Bukannya ada binatang puas, kan? Kawannya yang lain tidak pula menyebut tentang hal itu.

"Dengar cerita, di sana tu ada penunggu. Ada jugak yang kata sesiapa yang bertuah akan bertemu dengan Roh Prob Jiwangga. Bagi saya, tak ada yang bertuah pun kalau jumpa benda tu." si pemandu teksi mula membuka cerita mengenai pergunungan Puay Thai itu.

"Kenapa pula?" tanyanya ingin tahu.

"Bila kamu dah minta sesuatu, dia akan minta balasan. Semakin besar hajat yang kamu pinta, semakin besarlah juga balasan yang harus kamu beri." si pemandu teksi memberikan hipotesis.

"Apa yang dia mintak?" soalnya. Air liur ditelan kelat.

"Darah. Nyawa. Dan kamu harus setia dengan dia, patuh dengan setiap arahan yang diberi." jelas si pemandu teksi.

"Ah, karut aje semua tu pakcik." katanya seraya menggeleng kepala. Mana mungkin zaman yang moden ini masih ada manusia yang melakukan perkara yang sebegitu. Eh tetapi...

"Pakcik pernah dengar tak ada orang mencantikkan diri dorang kat sana?" tanyanya ingin tahu.

"Pernah. Tapi..." belum sempat dia menghabiskan kata-kata, keretanya tiba-tiba tidak dapat bergerak. Berhenti di tengah jalan.

Keadaan sekeliling diperhati. Hutan tebal. Tiada kereta yang lalu lalang. Jantungnya berdegup laju, tidak lama lagi malam akan menjelma. Rasa menyesal mula menyelubungi jiwa. Kalau saja dia mendengar amaran kawannya tadi, pasti dia tidak berada di sini sekarang. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

"Kenapa ni pakcik?" dia sudah tidak senang duduk. Bulu roma berdiri tegak persis orang menyanyikan lagu Negaraku.

"Kereta pakcik ni tetiba tak dapat gerak." puas enjin keretanya dihidupkan, namun masih tidak dapat hidup.

Pintu kereta dibuka. Dia keluar dan menoleh ke belakang. Papan tanda besar yang bertulis, 'Pergunungan Puay Thai' terletak betul-betul dua inci selepas keretanya. Gulp!

Matanya bergerak pula melihat jalan raya. Terdapat garis kuning yang memisahkan jalan. Dia sudah melimpasi garis kuning itu. Kalau jantungnya itu boleh melompat keluar kerana terlampau terkejut, sudah lama dia melompat keluar tanpa izin empunya.

Kata-kata kawannya mula berlegar-legar di fikirannya.

"Sampai je kau kat garisan kuning tu, kau tak boleh berpatah balik. Mula-mula memang kau tak perasan, tapi bila ada sesuatu yang jadi kat kau, masa tulah baru kau perasan."

Ya, kata-kata kawannya itu memang benar belaka. Ketika dia tiba di situ, dia langsung tidak perasan akan kehadiran papan tanda dan garis kuning itu. Namun ketika keretanya tidak dapat dihidupankan enjinnya, barulah dia perasan akan kewujudan papan tanda dan garis kuning itu. Syaitan telah berjaya memperdayakannya.

"Pakcik, kita ada masalah ke?" melihatkan reaksi si pemandu teksi yang gelisah itu, dia terus keluar dari kereta.

"Kita dalam masalah yang besar." wajah diraup. Puas dia memerah otaknya untuk mencari cara menyelesaikan masalah ini.

"Masalah besar? Maksud pakcik apa?" berkerut keningnya.

"Eh takdelah besar sangat. Dik salah dengar kut." si pemandu
teksi cuba beralih. Tidak mahu menakutkan anak muda itu.

"Tapi..."

"Dah dah. Jangan fikir bukan-bukan. Baik kita sorong kereta ni." kata si pemandu teksi, cuba menenangkan suasana. Dalam keadaan seperti ini, dia tidak boleh melakukan apa-apa selain menyorong kereta ini. Kalau saja dia belajar mengaji dan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran dulu, pasti dia boleh menjadikannya pendinding diri. Ah, baru sekarang ini dia menyesal.

"Okey."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Curse : The Nerd Girl With Her Mystery CurseWhere stories live. Discover now