Aku berlari keluar bilik. Diluar semuanya sunyi sepi. Satu persatu bilik mulai menutup lampu. Puas aku berjalan sendiri di tingkat dua kolej kediaman hanya kerana ingin mencari bilik kosong. Aku mengandaikan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Aku kembali ke bilik dengan harapan aku hanya berimaginasi dengan peristiwa Arlina semalam.
Nyettttt bunyi pintu.
Arlina sudah tidur di atas katilnya. Bekas cakaran pada almari masih ada. Aku sempat mengambil gambar dan terus kembali ke katil dan paksa untuk tidur kerana esok sesi orentasi bermula pada jam 8 pagi.
Bunyi jam lonceng pada telefon bimbitku mengegarkan suasana pagi. Aku bangun dan terus ke bilik mandi. Arlina berada di bilik mandi lebih awal.
"Gerak sama, jom?" Arlina memecahkan kesunyian.
"Errrrr... Okay"
Sial, kata hatiku sekali lagi entah yang keberapa kali.
"Semalam awak mengigau?" Aku cuba memberanikan diri untuk bertanya.
Arlina memandang jauh ke anak mataku. Dia seakan marah tapi aku tidak pasti.
"Saya lena sangat tidur semalam" Kemudian Arlina keluar.
Aku terdiam.
Sekali lagi, sial.
YOU ARE READING
SEKOLAH TUMPANGAN 2
Horrorini versi yang lebih baik. versi yang lebih banyak kisah. versi yang akan membuatkan kalian semua tidak tidur malam. mungkin ini versi yang lebih bersih.