Luar biasa

170 24 5
                                    

Kami bertiga saling berpandangan.

Nat tersenyum kecil.

"Ada apa sebenarnya ni?" soalnya.

Aku hanya terdiam. Entah kenapa aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Arlina masih memandangku dengan senyuman yang boleh aku simpulkan seperti Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam tu. 

"Masa break nanti, jom balik sama-sama" Arlina memecahkan kesunyian.

Nat mengangguk tanda ya. Aku masih kaku. Masih tidak tahu sama ada aku mahu bersama dia atau tidak. Sejak kejadian itu aku seperti seorang yang penakut.

"Diam tanda ok" Arlina menepuk bahuku.

Aku senyum kecil tanda tidak ikhlas. Kemudian Arlina pergi. Aku sedikit lega. Sejujurnya aku ingin menceritakan Nat tentang kejadian itu tapi memandangkan Arliana seakan-akan memberikan aku satu ugutan maka aku berasa diam itu lebih baik untuk sementara waktu sahaja. Untungnya, Nat bukan seorang yang terlalu banyak soal. Dia cuma diam sahaja. Entah-entah dia juga tahu perkara itu cuma dia juga menerima ugutan kecil daripada Arlina. ENTAHLAH.

"Aku rasa dia tu psiko" Nat berbisik ke telingaku.

Aku agak terkejut.

"Kenapa?" soalku lagi.

"Tadi sebelum masuk dewan, dia masuk ke tandas juga. Sama dengan aku. Dia bercakap seorang diri"

Aku kini yakin, Arlina seorang yang luar biasa dan luar biasa bukan bermaksud istimewa tetapi psiko.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEKOLAH TUMPANGAN 2Where stories live. Discover now