School Love Story #44

347 24 0
                                    


[8.10 a.m]

Kesemua mereka telah berkumpul di meja makan kecuali J.O , Eiysa dan V .

Lyene yang menyedari ketiadaan Eiysa , mula bertanya kepada Mark yang sedang melahap sarapannya .

“Mark . Mana Eiysa ?”

Mark menghentikan aktivitinya lalu meminum perlahan air masak yang disediakan di atas meja sebelum bersuara .

“Eiysa kena demam panas . Tapi , dia taknak pergi klinik . Ni Ren punya pasallah”
Balas Mark sambil menjeling Ren yang duduk di hadapannya .

“Pahal aku plak ? . Kau yang tiba² sesat enn . Menyusahkan aku jer cari semalam , baik aku tinggal je— Auchhh !” Belum sempat Ren menghabiskan kata-katanya , tangannya telah pun dipukul kuat oleh Zaqq yang duduk di sebelahnya menggunakan sudu .

“Bercakap slow sikit . Aku nak makan pun tak tenang”

Ucapnya tenang lalu memasukkan sesudu nasi ke mulutnya .

Ren tidak membalas apa-apa . Sebaiknya , dia membalas jelingan Mark yang mentertawainya .

Micci memandang sekeliling kerana merasa ada yang kurang .
“Haa . Abang J.O mana plak ? . Takkan demam juga” Tanya Micci sambil memandang wajah kakak² dan abang² nya .

“Kalau tak silap , dia hari ni—”
Belum sempat Kevin menghabiskan kata-katanya . Tiba-tiba , kelihatan J.O sedang berlari menuju ke dapur .

“Good morning everyone ! . Sorry bro sis . Hari ni aku tak makan kat rumah , aku makan luar .”
Kata J.O sambil mengambil 3 keping sandwich .

“EH EH . Kau nak pergi mana plak pepagi ni ? . Semalam kau kan balik pukul 3 pagi , takkan taknak rehat”
Tanya Stevan .

“Tak payah . Hari ni , V dah dibenarkan balik . So , aku nak ambik dia awal sikit”
Balas J.O sambil mengunyah sandwichnya .

J.O yang duduk dibelakang Lyene terus merampas air milo yang hampir diminum oleh gadis itu .

“Haishh . Ape ni ?!”
Marah Lyene . Namun , J.O tidak mengabaikannya . Malah , lelaki itu , meneguk air Lyene sehingga ke titisan terakhir .

“Woii lahanot . Kau kacau dia lagi , aku kejar kau !”
Kata Ren sambil menunjukkan penumbuknya .

Ren melepaskan nafas berat lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal .
“Kenapalah harini banyak sangat orang yang buat aku marah ?”
Keluh Ren .

Tetapi , J.O membalasnya dengan menjelir lidah kepada Ren sebelum melarikan diri menuju ke kereta peribadinya di luar rumah .

Mereka yang berada di meja makan hanya ketawa kecil dan menggeleng kepala melihat tindak tanduk dua jejaka itu yang seperti kanak-kanak ribena itu .

🌸🌸🌸

J.O memecut laju keretanya menuju ke kedai bunga untuk membelikan kekasihnya sejambak bunga kegemaran V iaitu bunga Scarlet .

[C] School Love story S2Where stories live. Discover now