School Love Story #55

266 14 5
                                    


"Lamanya pengetua bagi ucapan. Lenguh kaki aku"
Ujar Jen seraya menyandarkan sikunya di bahu Eiysa yang rendah sedikit darinya.

"Tujuan parti ini diadakan bukan sahaja untuk menyambut hari terakhir sekolah. Namun, untuk menyambut hari terakhir ke-9 senior kita yang telah setahun berkhidmat untuk sekolah" Ucap pengetua .

Serta-merta dewan tersebut penuh dengan suara pelajar perempuan yang menyoal satu sama lain.

"Betul ke apa yang aku dengar ni ?"
"So, lepasni sekolah kita takkan ada lelaki kacak!"
"Alahhh. Kenapa cepat sangat ?"
"Kenapa senior sekejap sangat ?"
"Seriuslah ?!"

Tanpa mengendahkan soalan daripada pelajar-pelajarnya, pengetua terus menyambung kata-katanya...

"Tanpa membuang masa lagi, saya menjemput Aizaqq Noel ke atas pentas sebagai wakil kepada senior Marion High School untuk mengucapkan sepatah dua kata. Dipersilakan"

Dari hujung dewan, kelihatan seorang lelaki sedang naik ke atas pentas, menuju ke arah pengetua.
Suit kulit hitamnya dibetulkan, begitu tali leher merahnya yang mula tidak rapi.
Mikrofon dihulurkan oleh pengetua lalu disambut oleh lelaki tersebut sambil menundukkan sedikit tubuhnya.

Lalu, setiap mata tertuju kepada jejaka tersebut.

"Selamat sejahtera dan selamat malam. Saya Aizaqq Noel, wakil kepada kumpulan senior SCARLETTO.

First of all... i really want to say thank you to all of student of Marion High School expecially nine gorgeous girl there, SCARLETT ..." Zaqq melemparkan pandangannya ke arah 9 orang ahli Scarlett yang telah pun berkumpul.

[Zaqq POV]

Kini semua mata memandang ke arah 9 gadis yang pandang saat ini.

Aku perasan, suara bisikan seperti memerli daripada beberapa pelajar mula kedengaran .

Dan aku perasan, Scarlett mula menundukkan kepala mereka.

Macam mana aku tak risau kalau tinggalkan diaorang kat sini ?. Pelajar kat sekolah ni bukannya baik sangat. Kerja nak mendengki je.

Haa. Sempat aku berceramah. Namun, apa boleh buat , aku hanya mampu mengatakannya dalam hati. Aku tau pelajar perempuan kat sini bukannya suka sangat kalau aku back up SCARLETT.

Kedudukan mikrofon aku betulkan sebelum bersuara.

"So, just straight to the point.

Saya tau, banyak pelajar perempuan yang tidak menyukai mereka. But girls ...

You should respect them cause next year ..

They will replace us. And Scarlett will be a senior of Marion High School "

Serta-merta suara bisikan tadi menjadi senyap. Bagus.

Banyak perkara yang aku sampaikan dalam 15 minit tu. Sebenarnya aku diberikan 20 minit untuk berucap, tapi perut dah mula berbunyi.

Tambahan pula, suara Roy yang asyik merungut kerana menahan lapar mula kedengaran. Oleh itu, aku terpaksa menamatkan ucapanku.

Kata-kataku di akhiri dengan tepukan gemuruh.

Setelah itu, kaki ku dilangkah untuk menuruni pentas seraya memandang Raien.

Matanya yang sayu aku tatap dari jauh walaupun dia cuba mengalihkan pandangannya.

Kau tipu Raien. Kau sedih tapi masih nak berpura-pura kuat

Jujur, duniaku seakan-akan berhenti pada saat itu.

[C] School Love story S2Where stories live. Discover now