School Love Story #45

313 25 0
                                    


[Hospital]

[V POV]

“Saya ingatkan awak lupa ingatan sebab tak oncall saya pun . Hahahahax”
Kata Alex lalu ketawa .
HAISHH.  Menyampah betul aku dengar kau gelak dekat lawak kau sendiri . Serious aku tak tau part mana yang lawak .

“Hihihihi .. sorry”
Balas ku terpaksa sambil menundukkan kepala .

Dahnak 30 minit budak ni kat wad aku . So , aku ada satu soalan
KBAT ...

BILA KAU NAK BALIK , SETAN ?!! .

Sepanjang berbual dengan Alex . Serious aku cakap , aku just jawab macam nak-taknak .

Mata daritadi kelap-kelip tahan ngantuk . dahlah tak bawa hadiah , aku sakit sekarang ni .

Apabila suasana mula sunyi sebab mulut dia dah berhenti rapping .

Tiba-tiba , aku dapat rasakan sentuhan pada tanganku .

Hmpph . Budak ni nak apa lagi main pegang-pegang jari aku . Gs sangat ke apa ?.

Aku ni dah ada suami , ada anak . Anak aku tengah lapar kat rumah , laki aku tengah berpenat lelah cari rezeki untuk masa depan yang cerah , cemerlang , gemilang serta terbilang untuk aku dengan anak-anak hasil aktiviti malam pertama kami . So—

Wait . Pebenda kau merepek ni SETANN ?!! .

TOKKK TOKKK TOKK
Pintu wad ku diketuk .

Matilahh aku .

J.O dah sampai .

[V POV end]

🌸🌸🌸

[Hotel]
“Lama lagi ke nak bersihkan tempat ni ?”
Rungut Micci sambil memeluk penyapu yang hampir tinggi dengannya .

“HAISHH . Inilah nasib jadi ahli termuda dalam grup . Asyik disuruh je . Tak guna punya abang !”
Sambung Yoshua pula .

Pagi ini , Yoshua dan Micci ditugaskan untuk membersihkan ruang tamu kerana kalah dalam permain air-batu-burung .

Micci meneruskan kerjanya iaitu menyapu , sementara Yoshua mengelap tingkap .

Sepanjang mereka membersihkan tempat kediaman mereka , mulut Micci terkumat-kamit menyumpah seranah kakak-kakaknya yang main kotor dalam permainan tadi . Begitu juga Yoshua yang diperdaya oleh abang-abangnya .

Hampir 2 jam mereka membersihkan rumah manakala si abang dan kakak pula sedang berseronok di luar
.
Setelah mengelap tingkap , kini Yoshua mengemas bilik-bilik abangnya .

Selang beberapa minit , dia mula perasan sesuatu .

'Mana Micci ? . Asal senyap sangat dekat ruang tamu ?'

Oleh kerana curiga , Yoshua melangkah keluar dari bilik tidur lalu ke ruang tamu . Namun , Micci tiada disitu .

Dia membuka pintu bilik Raien , Lyene , V , Jen dan Eiysa. Namun , masih tiada kelibatnya .
Setelah itu , dia ke bilik sebelah milik Deena , May , Belle dan Micci .

[C] School Love story S2Where stories live. Discover now