School Love Story #52

254 11 0
                                    


"Ya ya. Okey. Yang tu.. nanti kami yang uruskan. Baiklah. Ya, sama-sama" Raien terus menekan punat merah di telefon untuk menghentikan panggilan daripada pengetua.

Jam loceng di atas meja dikerling sebentar. 5.50 a.m.

[Raien POV]

5.50 a.m.

Patutlah aku ngantuk lagi.
Aku bangkit daripada pembaringan lalu memadang wajah Lyene dan V yang tidur di sebelahku.

"Sorry girls. Hari ni comfirm hari yang paling memenatkan." Bisikku agar tidak mengganggu mereka.

Lagi sekali aku mengeluh.

Aku mengambil buku catatan pada almari buku dan sebatang pen.

Tugas-tugas yang diberi oleh pengetua, aku catat satu persatu termasuk nama ahli Scarlett yang akan menguruskan tugas tersebut.

Tulah sebab pengetua lantik kami sebagai orang kiri sekolah. Ahli ramai dan sekepala, memudahkan kami untuk menyiapkan amanah sekolah.

Setelah selesai. Aku memasukkan buku tersebut ke dalam beg. Jam loceng dikerling lagi sekali; 6.01 a.m

Better tidur dulu. Pukul 7.30 a.m nanti bangun lagi. Nasib baiklah bukan aku yang kena siapkan sarapan pagi hari ni.

Setelah itu, aku mula terlelap.

[Raien POV end]

🌸🌸🌸

9 ahli SCT itu melangkah masuk ke dewan sekolah. Serta-merta mata mereka tertancap pada beberapa orang yang sedang sibuk mengangkat beberapa perabot untuk dihias di dalam dewan tersebut.

Dewan sekolah telah pun ditukar kepada dewan tarian hanya dalam sekelip mata.

"Mana Senior dengan pengetua ?"
Soalan Belle membuatkan mata mereka mula melilau mencari kelibat Scto dan pengetua sekolah mereka.

"Scarlett!"

Zaqq berlari ke arah SCT lalu berdiri tepat di hadapan Raien.

"Mama dah call awak kan pagi tadi ?"

Raien membalas dengan anggukan.

"So, awak dah uruskan semua tugas diaorang ke ?"

Lagi sekali Raien hanya menganggukkan kepalanya.
Senyuman Zaqq yang manis dan ceria tadi mula berubah kelat. Mungkin kerana reaksi Raien yang seperti malas melayannya.

"Kalau macam tu, boleh lah start bertugas sekarang." Ucap Zaqq, masih dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir cuma pandangannya kini beralih kepada SCT.

Setelah Zaqq meninggalkan mereka, pandangan aneh mula dilontarkan kepada Raien sehingga menyebabkan gadis itu berkerut dahi.

"Kenapa pandang aku macam tu ?"

Jen yang berdiri dibelakang, mula melangkah ke depan. Lalu, berdiri di hadapan Raien yang agak pendek darinya.

"Kau tak bagitau pun yang pengetua bagi kita tugas"

Serta merta Raien menempap dahinya.

"OMG girls !. Sorry sangat-sangat. Sepatutnya aku bagitau tadi. Tapi , aku lupa" Jawab gadis itu sambil tersengih-sengih.

"Apa nak jadi dengan ketua kita sorang ni. Asyik lupa je" Geleng kepala Eiysa apabila memikirkan ulah Raien yang agak cuai.

[C] School Love story S2Where stories live. Discover now