School Love Story #53

262 14 0
                                    


[Kelas senior]

Zaqq dan Raien duduk menghadap satu sama lain di meja kerja Zaqq. Kelas senior itu kosong pada waktu itu kerana rakan-rakannya yang lain sedang sibuk menyusun atur program untuk sekolah mereka.

Zaqq membelek fail biru yang berada di atas mejanya, lalu dihulurkan kepada Raien.

“Apa ni ?” Soal gadis itu keliru.

Soalannya hanya dibalas dengan jelingan daripada Zaqq. Entah mengapa lelaki itu mula kelihatan menakutkan di mata Raien.

Tanpa menunggu jawapan daripada Zaqq. Raien terus membuka fail biru tersebut, di dalamnya ada beberapa helai kertas.

Dibacanya satu persatu tulisan besar yang berada di muka surat pertama. “PROM NIGHT THEME ”. Raien memandang Zaqq yang masih menatapnya untuk meminta penjelasan

“Ni senarai tema prom night sekolah kita sepanjang 5 tahun kan ?. Nak buat apa dengan ni ?” Soal gadis itu. Namun, matanya sengaja dilarikan supaya tidak bertembung dengan anak mata Zaqq.

Soalannya masih tidak dijawab. Zaqq pula tidak henti-hentinya merenung wajah Raien sehingga gadis itu berasa kurang selesa.

Raien menahan airmatanya yang mula bertakung. Entah mengapa hatinya terluka apabila Zaqq mula bertingkah laku seperti itu.

“Zaqq, kalau awak—”

“Kau kenapa tiba-tiba dingin sangat dengan aku hari ni ?. Aku buat salah ke ?” Soal Zaqq seraya menjeling tajam anak mata Raein.

Terkelu.

Itulah yang berlaku kepada Raien pada saat ini.

“Sorry. Tapi kita kat sini untuk bincang pasal—”

“Aku ada buat salah ke ?” Lagi sekali, Zaqq memotong kata-kata Raien.

“Tak”

“So, ada sebab lain ke kau dingin dengan aku ?”

Raien membalas dengan gelengan.

Zaqq masih mengerling tajam wajah gadis di hadapanya itu. Sebelum bersuara, dia menarik nafasnya.

“Honestly, aku rasa bersalah nak bagitau pasal ni, sebab lambat-laun korang akan tau juga”

Kini pandangan Raien ialah Zaqq. Dahinya berkerut setelah mendengar kata-kata dari lelaki itu.

“Aku nak sangat ...

Perpisahan kita kali ni ...

Lebih indah dari yang lepas”

“Perpisahan ?” Soal Raien tidak percaya .

[RAIEN POV]

“Perpisahan ?”. Soalanku dibalas dengan anggukan.

Perpisahan apa pula ni ?. Setahu aku, sekolah just adakan prom night.

“Kau lupa ke ?” Soalan Zaqq mula membuatku berkerut dahi.

Sejujurnya, bukan aku lupa tapi aku tak tau. Takde sorang pun yang bagitau pasal perpisahan .

“Kau lupa ke yang kontrak kitaorang cuma setahun ?”

Dan pada waktu itu, dunia ku seakan-akan berhenti.

Macam mana aku boleh lupa ?.
So, minggu ni minggu terakhir dengan senior.
So, lepasni gelaran scto takkan wujud di sekolah ni lagi.
So, lepasni aku tak kan berjumpa dengan dia !.

[C] School Love story S2Where stories live. Discover now