Cahaya mentari mula menyinari bumi. Burung-burung pula berkicau - kicauan. Sementara itu, Sharmima sedang menghirup udara pagi yang segar di balkoni.
Awal-awal pagi lagi , dia sudah bersiap untuk keluar bersama adik, abang dan mamanya. Tidak sabar untuk pergi ke pusat membeli belah .
"Pagi dah menjelma, bersinar suria, hari pun cerah... Burung-burung pula, terbang sini-sana, menyanyi riang... " nyanyian Sharmima dengan penuh ceria.
"Bila hari petang, burung-burung pulang, masuklah ke sarang... Hari mulai kelam, suria terbenam, hari pun malam..." sambungnya lagi.
"Wow ! Boleh tahan sedap jugak suara kau ya, kak !" puji adiknya, Syafik sambil bertepuk-tangan.
"Terima kasih,suara akak memang sedap didengari. Baru tahu ke ? " soalnya sambil tersenyum bangga.
"Baru puji sikit dah kembang hidung, " balas adiknya kembali.
"Eeeei, kau diamlah ! Pergi keluar !" halau Sharmima kepada adiknya.
"Ouh ya, mama panggil turun makan ! Semua dah ada kat bawah. Cepat sikit, nanti kena tinggal dengan abang Rul baru tahu !" pesan adiknya.
"Ya...Ya..." balasnya acuh tak acuh sambil memperkemaskan lilitan selendang di kepalanya.
"Dah cantik dah tu, retak cermin tu nanti kalau tengok lama-lama." jerit adiknya dari luar bilik dan bergegas turun.
"Syafik !!!!!" jerit Sharmima lalu segera keluar dari bilik dan turun menuju ke ruang makan di bawah.
Geram betul lah aku dengan budak ni ! Ingatkan dah blah tadi.
❤
"Sini kau..." kata-kata dia terhenti disaat ahli keluarganya menyanyikan lagu selamat hari jadi.
"Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi Nur Sharmima.. Selamat hari jadi.."
Hari jadi aku ? Ermm, tarikh hari ni... 14 Mei ! Ya Allah hari jadi sendiri lupa ! Nyanyuk betul lah aku ni !
"Tunggu apa lagi tu ? Tiuplah lilin," kata Syafik.
Sharmima meniup kesemua batang lilin di atas kek itu lalu bersalaman dengan ibunya. Puan Suriana mencium kedua-dua belah pipi dan mengusap lembut kepala anaknya itu.
"Dah besar anak ibu ni.. Belajar rajin - rajin , jadi anak yang solehah dan ibu doakan Sha berjaya dalam semua bidang yang diceburi , " ucap mamanya.
"Betul cakap mama, belajar rajin-rajin ! Kau tu ambil PT3 tahun depan. Apa- apapun abang doakan yang terbaik untuk kau," ucap abangnya pulak.
Belum sempat Sharmima ingin berterima kasih kepada mama dan abangnya, Syafik pula menyampuk.
"Aku pun nak cakap ! Selamat hari jadi, ubahlah sikit perangai tu ya. By the way , minta maaf pasal pagi tadi. Aku buat macam tu pun, sebab kau lambat sangat nak turun! Dah berbunyi perut aku ni," kata adiknya sambil memegang perut.
"Ok , aku maafkan. Terima kasih semua sebab buat suprised untuk birthday Sha ni... " ucap Sharmima terharu lalu tanpa disedari air matanya menitis.
"Kenapa menangis ni ?" soal Puan Suriana bimbang.
"Kalau papa ada mesti lagi meriah kan ? " katanya sambil menangis lalu mengukirkan senyuman.
Suasana menjadi sepi seketika.
Kali terakhir dia menyambut hari jadinya bersama ayahnya tercinta adalah dua tahun lepas.
Beberapa hari selepas hari jadinya, papa telah mengalami kemalangan di tanah tinggi Cameron Highlands. Kemalangan yang melibatkan motor Superbikes papanya dan sebuah lori.
YOU ARE READING
Aduhai, Senior Kerek !
Teen FictionDisebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan seorang senior . Tanpa disangka , mereka berdua dipertemukan semula di satu kem . Apakah yang bakal terjadi ? " Bagi aku, dialah senior palin...