Wajah keterujaan jelas terpanacar di setiap wajah para peserta apabila memasuki bilik yang telah disediakan.
Luas.
Setiap bilik diharuskan mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pelajar.
Jadi,kami membuat keputusan untuk menambah Atikah dan Nina bersama di dalam Bilik 303 ini.Enam orang jumlah keseluruhannya.
"Subhanallah ! Cantiknya pemandangan dari tingkap ni ! " ujarku apabila menyelak langsir.
Mereka terus pergi ke arah Sharmima. Reaksi mereka juga turut sama sepertinya.
"Ouh ya, kita kena berkumpul pukul berapa ehh ?" soal Wawa tiba-tiba.
"Pukul 7.30 sebenarnya, tapi kita solat Maghrib dululah.. Baru turun dekat dewan dewan makan,ok? " cadangku.
"Cikgu tak marah ke kalau lambat ?" soal Nina.
"Rasanya tak. Lagipun dahulukan solat baru buat perkara lain," pesanku.
"Ok kak, Nina faham," balasnya.
Mereka mula merakam gambar di dalam bilik.
Beberapa jam kemudian,
"Dah siap ke semua?" soalku selaku ketua bilik.Aku mula memulas tombol pintu.
"Dah," jawab Nisa dan Wawa.
Nina dan Atikah meuju keluar bilik bersama Wawa dan Nisa.
Sementara itu, aku masih setia menunggu Ikin di pintu bilik.
"Kejap ! Kejap !" teriak Ikin yang sedang membetulkan tudungnya dihadapan cermin.
"Cantik dah tu," pujiku.
"Ikin cepatlah ! Aku dah lapar gila dah ni ! " teriak Wawa dari luar.
"Woi ! Perut aku pun dah bergendang, " tambah Nisa pula.
Atikah dan Nina hanya memerhati karenah empat orang seniornya itu.
5 saat kemudian,
"Dah, jom gerak !"ajak Ikin dan terus berlalu keluar dari bilik.
Aku terus mengunci pintu bilik lalu mengekori mereka menuju ke dewan makan.
"Kenapa kamu berenam lambat ?" soaln pertama yang ditujukan kepada kami sewaktu melnagkah masuk ke dalam dewan makan.
Lewat sepuluh minit je !
Aku melihat ada pelajar yang sudah mula menjamah makanan
"Kami sembahyang tadi cikgu," jawabku mewakili ketua sebilik.
"Ouh... Pergi ambil makanan dan minuman kamu. Nanti pukul 8.00 kita dah nak start aktiviti." terang Cikgu Chia.
Kami mula bergerak untuk mengambil makanan. Mataku meliar mencari tempat duduk yang belum diduduki.
"Okay guys ! Sana kosong ! Jom !" ajakku.
Mereka menuruti sahaja.
Bacaan doa dibacakan sebelum menjamah makanan.
Suapan demi suapan dimasukkan ke dalam mulut sehingga makanan sudah pun habis dimakan.
"Alhamdulilah," ucapku setelah habis menjamah makanan.Yang lain juga begitu.
Beberapa taklimat diberikan sebelum para peserta bergerak menuju ke dewan aktiviti, di tingkat pertama.
Mereka berjalan sambil berbual-bual menuju ke dewan aktiviti.
"Weyh,telefon kena bagi cikgu lah..." rungut Ikin.
"Aku tahulah,"kata Nisa yang sedang mematikan telefonnya.
YOU ARE READING
Aduhai, Senior Kerek !
Ficção AdolescenteDisebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan seorang senior . Tanpa disangka , mereka berdua dipertemukan semula di satu kem . Apakah yang bakal terjadi ? " Bagi aku, dialah senior palin...