BAB 7

7.9K 504 23
                                    

Hari Jumaat yang dinantikan telah tiba. Para peserta yang menyertai kem sudah mula memenuhi ruang di Dataran Sains.

Aku mencari kelibat kawan-kawanku dengan tangan menjinjing beg.

Mana dia orang ni ? Semua pakai tudung hitam ! Aku seorang je ganjil pakai tudung kelabu !

"Sha!!!!" jerit Nisa lalu menghampiriku.

"Kau orang pergi mana? Aku cari, tak nampak pun tadi ! Kata nak tunggu dekat tempat pengawal,tapi tak ada! " kataku dengan nada sedikit geram.

"Hehehe... Pergi kantin kejap tadi," balas Nisa mewakili yang lain.

"Beg kau macam ringan je Sha," komen Ikin yang cuba mengangkat begku.

" Tiga hari dua malam kan sekejap je," balasku.

"Ramai ke Orang Melayu yang pergi ?" soalku sekadar ingin bertanya.

"Ramai lah jugak," jawab Wawa ringkas.

Aku mengangguk faham.

"Para peserta sila beratur ! Saya akan sebutkan senarai nama untuk peserta yang menaiki bas pertama dan kedua. Sila berikan perhatian! " pinta Cikgu Rafidah dengan nada tegas.

Mereka mula membuat barisan bagi pelajar lelaki dan perempuan.

Beberapa minit kemudian,

"Baik,kamu semua boleh bergerak menaiki bas yang telah ditetapkan! Jangan sesuka hati kamu nak tukar bas lain !" pesan Cikgu Rafidah.

"Geng abang aku naik bas sama dengan kita," kata Nisa .

"Jadi Mikael pun naik bas sama dengan kita lah? " soal Ikin dan membuat muka terkejut.

"Yupz," jawab Nisa ringkas.

"Kenapa kau buat muka macam tu?" soal Wawa pelik.

"Weyh Sha! Kau okey ke kalau dia orang satu bas dengan kita? " soal Ikin apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

Memang tak okey ! Kenapalah dia sertai kem ni ? Semak argh !

"Woi ! Aku tanya kau ni ! " kata Ikin dengan nada sedikit tinggi.

"Okey je. Kalau aku cakap tak okey pun, macam lah cikgu bagi tukar bas." kataku selamba.

Relaks ! Buang perasaan marah dan sebagainya tu ! Ceria Sha ! Ceria !

Kami meletakkan beg di tempat yang sepatutnya, kemudian menaiki bas.

Kami berempat mula mencari tempat kosong.Bahagian di tengah menjadi pilihan.Jadi mereka mengambil tempat di bahagian tengah.

Aku mengambil tempat di bahagian tepi tingkap kerana aku ingin melihat keindahan ciptaan tuhan disepanjang perjalanan itu nanti.Tentu cantik dan menarik.

Cikgu Suriati mengira jumlah peserta di dalam bas kedua, manakala Cikgu Shahirah meneliti setiap nama peserta.

"Cikgu nak ingatkan, jangan berdiri sewaktu bas bergerak ! Sebab takut nanti kamu akan terjatuh. Jadi duduk diam-diam ! " pesan Cikgu Suriati.

Bas mula bergerak lalu meninggalkan kawasan perkarangan sekolah.

Aku memanjangkan leher dan membesarkan mata untuk memerhati keadaan di dalam bas.

Hmmm,masing-masing main telefon...

Pandanganku terhenti di bahagian belakang bas.

Ada seorang manusia berjantina lelaki sedang melambaikan tangannya ke arahku, iaitu Muhammad Ikhwan Naufal.

Aku ke ?

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now