Nina berasa panik ketika ini. Kemudian, butang lif ditekan pantas. Dia berasa takut melihat Kak Sharmima yang sesak nafas. Dia memasuki lif dan diturunkan ke tingkat bawah.
Wajarkah aku meninggalkan Kak Sha begitu sahaja ? Aku mesti bagitahu cikgu ! Aku bimbang akan keadaannya! desis Nina.
"Cikgu Rafidah ! Senior saya sesak nafas!" kataku takut-takut.
"Dia dekat mana?" soal Cikgu Rafidah pantas.
"Bilik," jawabku ringkas.
Aku,Cikgu Rafidah dan Cikgu Chia memasuki lif dan pergi ke tingkat tiga. Di dalam lif, aku menceritakan keadaan Kak Sha kepada cikgu.
Setibanya di bilik, tombol pintu dipulas. Kami terkejut melihat Sha yang sedang menangis dan mengurut kakinya lalu bergegas menuju ke arah katil.Peti kecemasan dibuka untuk merawat Sharmima. Cikgu Rafidah menyoalkan beberapa soalan penting kepada Sharmima berkaitan kesihatan.
Sementara Cikgu Rafidah merawat Sharmima, Cikgu Chia menelefon Puan Meerabai untuk melaporkan tetang perkara ini.Aku yang melihat situasi ini berasa kasihan.Tiba-tiba, Nisa melangkah masuk ke dalam bilik.
"Cikgu, macam mana dengan Sha?" soal Nisa prihatin.
"Kaki dia tak boleh gerak... Lepastu sesak nafas," terang Cikgu Rafidah sambil menyapu sejenis cecair di kaki Sharmima.
"Nanti Puan Meerabai datang, bawa awak pergi hospital." kata Cikgu Rafidah.
Aku menggelengkan kepala.Nisa mengelap air mata Sharmima yang mengalir.Sweater yang dipakainya disarungkan ke tubuh Sharmima.
"Please,Sha... Jangan degil ! Kali ni kau kena ikut pergi hospital jugak ! Aku tak nak kau sakit," kata Nisa dan memeluk tubuh sahabatnya itu.
"Kak, tadi Kak Sha kata dia tak susahkan cikgu.. Tu pun dia tak bagi Nina panggil cikgu," Nina mengadu.
Serentak itu, Puan Meerabai telah pun tiba dibiliknya bersama dengan Sir Arjunan.
"Mari,kita bawa dia ke hospital." kata Sir Arjunan.
Kaki Sharmima sudah mula ok, cuma agak terketar-ketar. Dia berjalan perlahan-lahan dengan dipimpin oleh Nisa. Air matanya masih mengalir menahan sakit dan pernafasannya agak surut sedikit berbanding tadi.
Di tingkat bawah, semua mata tertumpu ke arahku. Aku teruskan berjalan dan menuju ke kereta Sir Arjunan.Nina kembali mengambil tempat di dalam kumpulannya.
"Ya Allah ! Kawan kamu macam mana ? Teruk Kak Reen tengok," kata fasilitator kepada Nina.
"Dia sesak nafas kat atas tadi, lepastu kaki kebas. Tu pun dah ok sikit. Kena pergi hospital," terang Nina.
Ahli di dalam kumpulannya mula berborak tentang keadaan Sharmima.
Ya Allah ! Berdosanya aku tuduh dia macam-macam tadi ! Kesiannya dia ! desis hati Mikael.
Ahmad Mikael meraup mukanya. Jelas terpancar riak bersalah di mukanya.
"Aku harap dia ok," kata Ikhwan tiba-tiba.
"Samalah," balas Mikael lemah.
~~~
Di hospital, Nisa menolongku mengisi maklumat penuh tentang diriku.Aku dimasukkan ke dalam sebuah bilik.
Keseorangan.
Aku hanya duduk seperti yang dipinta oleh seorang jururawat. Seorang doktor lelaki datang merawatku dan menyoalkan beberapa soalan penting.
YOU ARE READING
Aduhai, Senior Kerek !
Teen FictionDisebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan seorang senior . Tanpa disangka , mereka berdua dipertemukan semula di satu kem . Apakah yang bakal terjadi ? " Bagi aku, dialah senior palin...