Mulutku tidak henti-henti mengulangi setiap bait-bait ayat di dalam sajak walaupun aku sudah menghafalnya dengan lancar.
Perasaan gemuruh mula menyelubungi diri tatkala melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah.
Aku dapat merasakan ada mata-mata yang sedang memerhatikanku. Setakat ini, aku tidak nampak lagi kelibat sahabatku.
Mana diaorang ni ??????
Aku melihat jam tangan Baby-G pemberian adikku itu.
Patutlah, baru pukul 6.47 a.m. ! Belum pukul 7.00 a.m. !
"Aku lepak dekat kantin lah , sementara tunggu dia orang." kataku sendirian lalu menuju ke kantin sekolah.
Apahal dia orang pandang aku ni ? Haishh, bukan nak perasan ! Tapi... Tahulah baju aku ni lain daripada dia orang !
Aku mengambil tempat di kantin, lalu duduk dan mula mengulangi bait-bait ayat di dalam sajak itu lagi.
Sedang leka menghafal, ada seorang menegurku dari arah belakang.
"Assalamualaikum,awak!" ucap lelaki itu.
"Waalaikumussalam,.." jawabku lalu memandang wajah lelaki itu.
"Eh, Hafidz ! Terkejut aku, ingatkan siapalah tadi."kataku.
Hafidz sekadar mengukirkan senyuman lalu berkata," Mana kawan-kawan awak? Saya tak nampak pun? " soalnya dengan nada lembut.
Aku berasa hairan dengannya,
"Jap, engkau dah kenapa bersaya-awak bagai ni ? Gelilah ! Biasa guna kau-aku kan?" soalku berasa pelik."Tak salah pun kan ? Lagipun awak nampak comel,sopan dan ayu sangat hari ni ! Cuma mulut tu lah laser sikit, " kata Hafidz.
"Awak dah breakfast? " soalnya lagi.
" Kau dah kenapa ? Ada wayar dalam kepala kau yang dah putus ke ? " soal Sharmima berasa menyampah pula dengan Hafidz yang mengada-ngada.
"Hahahaha ! Aku saja je lah tadi nak menyakat kau ! " katanya.
"Ouh.." hanya itu balasan daripada Hafidz. Belum sempat Hafidz ingin meneruskan perbualan, Fayyadh datang menyapanya.
"Assalamualaikum bro,"sapa Fayyad lalu berjabat tangan dan menepuk belakang bahu Hafidz.
"Tackle awek aku ke ?" soal Fayyad tiba-tiba.
"Kau tak habis-habis menyakat aku," kata Hafidz.
Sharmima mula tidak senang duduk.
Ni lagi sorang! Sejak bila aku jadi awek dia? Baik aku blah je dari sini sebelum member-member dia orang yang lain datang.
"Sha,nak pergi mana ?" soal Fayyad apabila melihat Sharmima ingin bangun daripada tempat duduk.
"Nak pergi dataran,"balasku ringkas lalu melihat jam tangan.
7:58 a.m. !
"Aku baru sampai, jom borak-borak dulu." kata Fayyad.
" Aku sibuk pagi n8, lain kali kitabborak." balasku dan tersenyum kepada mereka lalu beredar pergi.
"Senyuman dia boleh buat aku cair, bro ! Hahaha.. " kata Hafidz ingin mengenakan Fayyadh. Serentak itu, Fayyadh menunjukkan penumbuknya ke arah Hafidz.
" Diamlah kau," Fayyadh mengendahkan Hafidz dan mula bergerak ke arah tempat membeli barang.
❤
"Weyh,Sha dah mula bersajak tu !" teriak Wawa.Mereka berdua memfokuskan pandangan ke arah pentas.
YOU ARE READING
Aduhai, Senior Kerek !
Teen FictionDisebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan seorang senior . Tanpa disangka , mereka berdua dipertemukan semula di satu kem . Apakah yang bakal terjadi ? " Bagi aku, dialah senior palin...