4:30 a.m.. never in my life aq pernah bangun seawal tu..well first day kan mestilah kene leave a good impression.So, aku pun pergilah mandi.Waktu tu takde seorang pun yang hidup lagi and keadaan asrama teramatlah sunyi, sesunyi hatiku pada ketika itu..
Lepas dah menguruskan diri dengan elok, aku pun turun ke dataran asrama( waktu tu dah ramai bangun dah). Senior yang suruh kami tunggu pukul 5 pagi pun tak sampai lagi.Aku mengeluh.."Haih apela Abg Saddiq ni kata suruh turun awal, entah2 dia pun tidur lagi"Aku dengar ramai berkata2.Suddenly, I spotted Aqriel and Ammar, member skola rendah dulu tengah duduk skali sambil berbual di dataran itu.Aku pun baru teringat yang depe ni masuk sini juga,semalam busy sangat sampai tak sedar.
Tanpa membuang masa, aku pun pergi la ke situ dan sembang2 jap dengan depe berdua."Weyh Shawn, aku cakap ni ko jangan tak percaya tau..."kata Aqriel selepas bertegur sapa. "Tadikan Ammar nampak benda doh atas bumbung asrama.." Aku segera berpaling ke Ammar yang dari tadi senyap.Dia sekadar mengangguk lemah.I was like..baru first day kot takkan dah ada kes camni.Baru je nak tanya lebih detail, datangla Abg Saddiq yang masih kelihatan mamai.
"Dah2 pergi tunggu kat surau, ready utk solat."arah Abg Saddiq.
Aku pun pergila tanya dia aku nak kene pergi mana. "Oh, ko duduk je kat pondok tepi surau tu..nanti bila depe dah keluar, ko pergi sarapan sama2 ok?".Aku ended up tidur dengan nyenyak sekali kat pondok tu.
Masa tu baru aku sedar...oh shit aku seorang je ke lelaki non-muslim kat sini...Hahaha and the real journey had just begun !!
YOU ARE READING
Kisah Seorang Chinese di SBP
ContoBukan semua orang mampu survive di SBP apatahlagi seorang Chinese ... so ikutilah journeynya yang penuh berliku ini