Splashhhh!
Air disimbah ke wajah Syar dan Yura.
Syar membuka matanya perlahan.Rasa pedih di kepalanya.Pandangannya kabur.
Yura membuka matanya.Orang pertama yang dia nampak ialah Syar.Tangan mereka berdua berikat.Mereka diikat secara berdiri dan berhadapan.Syar dapat lihat muka Yura dan Yura boleh lihat muka Syar.
Kita kat mana ni?soal Syar.Rambutnya menutupi matanya dek kerana simbahan air itu.
Kau dekat Markas kau.BAYANG.kata satu suara.
Siapa tu?!!!!Jerit Syar marah.
Aku adalah Bayang kau.kata suara itu.
Apa maksud kau?!soal Syar lagi.
Suara itu tergelak besar.
Syar...syar..syar..aku sangkakan kau bijak Syar,rupanya tidak.kata suara itu.
Syar dan Yura tidak mengerti maksud suara itu.
Apa sebenarnya yang terjadi ni?!kalini Yura pula bertanya.
Kau pun sama,Yura.Bodoh!kata suara itu lalu tergelak besar.
Yura tersentak.
Macam mana dia tahu nama aku?bisik hatinya.
Di dalam bilik yang gelap itu,lampu itu hanya disuluh pada mereka berdua.So,dorang tak nampak apa disekeliling mereka itu.
Syar...Kau tahu kenapa Sab tak muncul-muncul?kata suara itu.
Syar pula tersentak dengan soalan itu.
Mana Sab?!jerit Syar.
Rilek,Syar.
Lalu terpapar di skrin kelibat seorang lelaki tua yang dikenali mereka.
Encik Park?bisik Syar.
Encik Park tergelak besar lalu skrin itu kembali gelap lalu masuk seorang lelaki bertubuh sasa menghampiri Yura.
Kau ikut aku.kata lelaki itu sambil membuka ikatan tangan Yura.Secara paksa Yura di bawa pergi.Yura menjeling pistol di pinggang lelaki itu lalu dia menjeling ke arah Syar.Telepati berlaku.
Yura ditarik keluar dan sampainya Yura di muka pintu itu,dengan pantas pistol di pinggang lelaki itu dicapai lalu menembak ke arah Syar.
Poww!!
Peluru itu meluncur laju lalu mengenai ikatan tali Syar itu.Syar terlepas.
Poww!
Buat kali kedua,Yura melepaskan tembakan.Kalini mengenai peha lelaki itu.Lelaki itu menjerit kesakitan lalu menampar Yura dengan kuat.Yura tercampak ke dinding lalu kepalanya terhantuk dengan kuat.Yura rebah.
Syar berlari ke arah lelaki bertubuh sasa itu lalu membuat satu flying kick di belakang badan lelaki itu menyebabkan lelaki itu juga rebah.
Lelaki itu cuba mencapai pistolnya yang berada di lantai itu namun Syar lebih pantas menyepak pistol itu menggagalkan usaha lelaki itu.Lelaki itu cuba menumbuk namun Syar sempat mengelak lalu lengannya yang besar itu Syar paut lalu membuat grip maut.
Kau dah buat benda yang salah!jerit lelaki itu meronta mahu melepaskan diri.
Aku tak pernah salah,kawan.kata Syar lalu menguatkan lagi gripnya.
Krakkk!
Bunyi tulang patah.
Lelaki itu menjerit kesakitan yang teramat.
Lelaki itu menangis kesakitan.Syar mencapai pistol yang disepaknya tadi.Diacukan kepada lelaki itu.Wajah lelaki itu direnungnya.Deria pembunuhnya kembali.
Lelaki itu merenung Syar.
Please..jangan..rayu lelaki itu.
Poww!Pow!Pow!pow!
Empat das tembakan dilepaskan.
Satu di peha kanan.Satu di peha kiri.Satu di dada dan satu lagi tepat di dahinya.Mata lelaki itu terbeliak.
Syar membuang pistol itu.Dia bergegas mendapatkan Yura yang pengsan.Dia mengangkat Yura ke pangkuannya.Dia menepuk pipi Yura perlahan.
Yura...bangun..Yura.kata Syar.
Terdapat benjolan yang agak besar di dahi Yura itu.
Kau ok tak ni,Yura?soal Syar.
Hmm..ok..kata Yura perlahan sambil menahan sakit.
Kau kena ikut aku.Aku akan bawak kau keluar daripada sini.kata Syar lalu membantu Yura untuk berdiri.