"Kenapa awak tanya soalan macamtu?" soalku pada Shawn.
"Saja, saya cuma nak tahu je. Kenapa awak nampak terkejut je?" balas Shawn sambil tersengih.
"Takdelah, cepumas sangat soalan yang awak bagi tu. Kalau masuk exam saya rasa fail"
"Hahahaha awak ni comel jelah Stephanie. Saya gurau jelah" ujar Shawn sambil mencuit hidungku.
Aku hanya tertawa sinis.
Rose Garden
Shawn menghantar aku pulang ke rumah bersama Louis. Aku dan Louis pun keluar dari perut kereta.
"Thanks for today, Shawn" ucapku pada Shawn yang berada di dalam kereta."My pleasure honey. Ada masa free nanti kita jalan jalan lagi" ujar Shawn.
"Aku ikut..." celah Louis yang sedang bermain telefon bimbitnya.
Aku menjegilkan mataku padanya.
"Takecare sayang. Baik baik bawak kereta. Dah malam ni" ujarku pada Shawn sambil melambai tangan ke arahnya.Louis hanya mengerutkan keningnya. Geram lettew
"Sayang?" hati Louis bersuara.
"I will honey. Get well soon okay? Jangan lupa makan ubat" balas Shawn lalu mengenyitkan matanya ke arahku. Meltingnya.
Shawn pun berlalu pergi.
And now, tinggallah aku dengan malaun kacak ni.
"Kau asal panggil dia sayang?" soal Louis.
"Suka hati sayalah" balasku lalu menuju ke arah pintu rumah.
Sesudah membuka pintu. Aku meletakkan barang barang yang aku shopping tadi, diatas meja makan. Penat rasanya. Aku pun menuju ke arah sofa.
"Stephanie, kau suka Shawn ke huh?" soal Louis lagi lalu melabuhkan punggungnya disebelahku.
"Kalau saya suka dia pun, apa kena mengena dengan awak ha my dear ex 5 minutes boyfriend?"
"Kan aku dah cakap Shawn tu playboy"
"Oh ya? Tapi tak nampak macam playboy pun. Okay je. Baik, handsome pulak tu"
"Handsome? Erghhh pleaseeee"
"Kenapa? Awak jealous?"
"No, I'm not. Bukan jealous. Tapi meluat tengok korang berkepit macam belangkas"
"Ya ya whatever. Yang awak ni membebel je dari tadi, tak reti nak balik ke?"
"Oh kau halau aku?"
"Takdelah halau. Saya tanya je"
"Gaya macam menghalau, takpelah aku baliklah"
Tiba tiba, kedengaran bunyi guruh berdentum.
"Awak!" aku memanggil Louis.
"Apa dia?" jawabnya dengan nada berang
"Awak tak payahlah balik, teman jelah saya"
"Dah aku nak balik. Tadi menghalau" ujar Louis yang masih berkeras untuk pulang.
Action eh mamat hati kering ni!
"Alah tak payahlah... " rayuku, menarik-narik lengannya supaya menemankan aku. Tapi rayuanku tetap tidak diendah. Louis berlalu pergi dan menutup pintu rumahku.
"Louissss!! Temanlah saya. Saya takutlah" aku menjerit tetapi pintu itu masih tidak dibukanya.
Dia ni memang taknak teman aku ke? Dahlah aku ni penakut.
YOU ARE READING
Lovely Bad Boy
FanficStephanie Dawson merupakan anak orang berada yang langsung tidak tahu bergaya. Bersekolah di Wild Cats High School dan sering menjadi bahan ejekan. Hati yang selalu membenci manusia yang bernama Stephanie Dawson kerana kehodohannya, bertukar menja...