Hari Bahagia

318 17 0
                                    

Aku menyusuli mereka berlima keluar dari Zara Collection. Sememangnya kami tiada hala tujuan.

"Louis, kita nak ke mana lepas ni?" Soal Harry yang mempamerkan wajah kepenatan.

"Entahlah, aku tak tahu nak gi mana!" Balas Louis sambil melihat sekeliling persekitaran yang sememangnya sibuk.

Kemudian Louis memandangku.

"Eh rabun, kau dari rumah tadi kau ada plan nak gi mana-mana ke?" Louis menyoal aku sebaik sahaja aku membalas pandangannya.

"Huh? Saya plan nak tengok wayang lepas lepak kat starbucks tadi!" Aku menjawab lalu membetulkan cermin mataku.

"Tengok wayang !! Jomlah , lagipun kita dah lama tak tengok wayang kan?" Niall bersuara.

Zayn dan Harry menggelengkan kepala perlahan-lahan tanda tidak setuju. Dengan muka mintak simpati diorang tu.

Louis mengerling sekilas ke arah Niall. Dan dia memandang Zayn dan Harry kembali. Mereka berdua masih menggelengkan kepala.

"Bagus jugak, aku pun dah lama tak masuk wayang ni . Jomlah!" Omel Louis.

"We don't want , kalau kau nak tengok, kau pergilah tengok. Aku dengan Harry nak pergi tempat lain" ujar Zayn.

"Okay, korang 2 pergilah mana-mana. Kalau korang balik naik teksi jangan tanya kenapa!" Balas Louis lalu beredar.

Aku dan Niall menyusuli Louis.

"Guys, kita ikut jelah Louis. Nanti senang driver Louis nak amik kita semua. Kang berpecah tak pasal-pasal korang balik naik teksi" ujar Liam, menasihati mereka.

"Tapi aku taknaklah si hodoh tu ikut sekali" kata Harry lalu memuncungkan mulutnya.

"Alah, kau anggaplah dia tak wujud !" Balas Liam.

"Jomlah Harry, betul jugak apa yang Liam cakap. Kita dahlah datang dengan Louis . Parents aku mana boleh amik . Kita ikut jelah diorang " kata Zayn sambil menepuk-nepuk bahu Harry.

"Okay fine!" Ujar Harry lagi lalu beredar.

Golden Star Cinema

Liam pergi membeli tiket manakala aku dan Niall pergi membeli bertih jagung dan air. Louis, Harry dan Zayn hanya tunggu di depan pintu masuk.

"Ye encik, encik nak tengok cerita apa?" Soal seorang perempuan yang menjaga kaunter tiket .

"Ermm saya nak tengok cerita Night At The Museum 2, pukul 1.30 petang punya" balas Liam.

"Untuk berapa orang ye?"

"For 6 persons!"

"Seat cuma tinggal sepuluh je yang kosong cik, termasuk yang couple seat punya. Cik nak amik seat yang mana?"

"Hmm bolehlah saya amik couple seat dengan 4 yang hujung belah kiri ni" ujar Liam sambil menunjukkan di skrin dimana tempat yang akan diambil.

"Okay set, cerita Night At The Museum 2, pukul 1.30 petang untuk 6 orang . Semua sekali RM66 "

Lantas Liam pun mengeluarkan duit untum membayar harga tiket wayang tersebut.

"Okay thanks!" Kata jurukaunter itu.

"Ya, you're welcome" balas Liam sambil tersenyum.

Liam menuju kearah aku dan rakannya yang lain.

Lovely Bad BoyWhere stories live. Discover now