Di rumah, 12.30 malam
Aku hanya mendiamkan diri sambil menonton televisyen. Dah pukul 12.30 ni. Kenapa aku tak ngantuk lagi? Haish tolonglah ngantuk.
Kemudiannya aku mencapai remote dan menutup tv. Setelah itu, aku pun pergi ke arah tangga untuk menuju ke kamar. Tetapi belum sempat aku menjejakkan kaki ke tangga yang pertama, satu bunyi kuat seperti hentakan pintu kedengaran. Aku tergamam seketika. Tiba-tiba aku ternampak satu bayangan manusia berlari ke arah belakang rumahku. Aku mula cuak.
"Siapa pulak tu?" Aku berkata sendirian.
Cepat cepat aku mencapai telefon bimbitku untuk menelefon Louis.
-- Calling - Louis Tomlinson --
"Ha hello!" Ujar Louis
"Awak, datang rumah saya sekarang pleaseeeee. Emergency" ujarku dengan nada yang cemas.
"Hey hey relax. Calm down? What's going on? Are you okay?"
"Louis saya takut ni tolonglah datang rumah saya. Please Louis please, don't ask me more"
"Okay, aku gerak sekarang"
Lalu talian pun dimatikan.
Setelah 5 minit berlalu, aku pun menuju ke arah pintu. Aku menjengah juga ke luar tingkap. Tiba-tiba satu bunyi ketukan pintu yang sederhana bergema.
"Itu mesti Louis".
Aku pun laju menuju ke arah pintuku. Kemudian pintu dibuka, tapi bukan Louis yang muncul, Shawn Mendes.
"Shawn?" Ujarku
"Hi Stephanie" katanya seraya tersenyum.
"Apa awak buat kat sini?"
"No, saya cuma jalan kat sini tadi kebetulan lalu depan rumah awak saya singgahlah kejap"
"Ohh i see"
"Kenapa muka awak nampak cemas je? Are you okay?"
"Takde apa, cuma tadi ada orang kat luar rumah. Saya ingat perompak"
"Perompak? Mustahillah perompak. Awak salah tengok kot. Kawasan rumah kita nikan berguard, so mustahil untuk perompak masuk kat sini"
"No, Shawn. Saya belum buta lagi, saya nampak dia pakai topeng macam orang nak merompak"
"Okay calm down. Awak janganlah takut. Saya ada ni kan? Saya teman awak okay?"
Tiba tiba satu suara mencelah
"Tak payah"
Aku dan Shawn seraya memandang ke arah suara tersebut. Louis rupanya.
"Aku yang akan teman dia malam ni" omel Louis.
"Sokaylah Lou, lagipun aku yang sampai dulu so biar jelah aku teman dia" balas Shawn.
"Apa masalah kau ni ha?" Gertak Louis.
"Kau tu apa masalah?" Balas Shawn pula.
"Guys, stop it"
Mereka berdua pun berhenti bertekak.
"Shawn, awak balik je. Saya yang call Louis untuk datang sini and teman saya"
Louis hanya tersenyum nakal sambil mengangkat angkat keningnya.
"Okay, but if you need anything from me, just give me a call okay?" Ujar Shawn.
"Sure" balasku sepatah.
Shawn memandang Louis dan berlalu pergi.

YOU ARE READING
Lovely Bad Boy
FanficStephanie Dawson merupakan anak orang berada yang langsung tidak tahu bergaya. Bersekolah di Wild Cats High School dan sering menjadi bahan ejekan. Hati yang selalu membenci manusia yang bernama Stephanie Dawson kerana kehodohannya, bertukar menja...