Terima Kasih

365 16 1
                                        

Di dalam kelas 5A

"Alright class, kita akan sambung pelajaran kita ni esok, okay?" Ujar Teacher Lisa yang mengajar mata pelajaran matematik.

Keadaan kelas menjadi riuh rendah. Aku memandang ke arah Harry yang duduk di belakangku.

"Zayn, do you have any plan?" Soal Harry pada Zayn. Kemudian Zayn terlihat aku sedang memandang mereka berdua. Aku pun mengalihkan pandangan ke depan. Zayn dan Harry meluru keluar dari kelas. Nak buat hal lagi lah tu.

Dan kemudiannya, aku terpandang Louis yang sedang termenung sambil bermain pen.

"Eh? Dia tak join pulak 2 mangkuk ayun tu ?" Hatiku bersuara.

"Louis!" Aku memanggilnya tetapi dia tidak mendengar.

"Louis!" Aku memanggilnya lagi.

"LOUIS!" Aku meninggikan sedikit suara.

Louis pun memandangku. Aku hanya tersengih .

"Apa kau nak rabun?" Soalnya.

"Erkk, takde . Saya nak ucapkan terima kasih kat awak pasal tadi!"

"Aku buat pun bukan sebab aku nak tolong, ikutkan hati memang aku biar je kau makan pelempang si Ariana tu. Tapi pasal aku memang benci perempuan tu"

"Kenapa awak benci sangat dengan Ariana tu?"

"Kau takyah sibuk-sibuk nak tahu!" Kata Louis lalu keluar dari kelas. Aku hanya memerhatikannya sehingga dia hilang dari pandangan. Pelik bin ajaib.

"Stephanie, awak okay ke?" Niall berkata lalu duduk dihadapan mejaku.

"Yeah I'm okay"

"Niall, can I ask you something?" Soalku.

"Pasal apa?"

"Pasal Louis!"

"Aikk, awak suka dia eh?"

"Hish taklah, saya cuma nak tanya. Kenapa Louis benci sangat dengan Ariana Grande tu?"

"Hmm ingatkan apa tadi. Macamni, dulu Ariana Grande tu ex girlfriend Louis. Diorang break sebab Ariana tu curang. Sebelum dia couple dengan Justin pun dah berapa orang dah jadi mangsa dia! "

"Habistu Louis tak cakap pape?"

"Louis tak bercakap dengan kitorang langsung  selepas seminggu dia putus dengan Ariana."

"Alah tapi Louis pun jahat jugakkan? Tengok perangai pun tahu. Mana taknya Ariana tinggalkan dia?"

Niall tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Saya kenal sangatlah Louis tu. Dia seorang yang setia dan serious bila bercinta. Dia akan jaga betul-betul  buah hati dia. Boleh dikatakan beruntung siapa yang dapat dia. Kalau awak tengok keadaan dia sekarang, yang suka buli orang, ejek orang , terjadi bila dia single je. Kalau ada girlfriend, confirm dia akan menghadap gf dia tu 24 jam. Tapi tulah, hanya perempuan yang bertuah je yang tahu nak tambat hati dia macam mana." celoteh Niall.

Bila aku mendengar cerita dari Niall tentang Louis, aku menjadi semakin tertarik untuk berkenalan dengannya.

"How about Harry and Zayn? Diorang pernah bercinta jugak ke sebelum ni?" Soalku lagi, ingin tahu .

"Oh Harry pernah bercinta dengan seorang perempuan. Nama diaaaaaa Taylor Swift , ye Taylor Swift. Tapi malangnya diorang pun break jugak"

Lovely Bad BoyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang