>> Kenapa ? <<

166 26 0
                                    

Entah kenapa Jinnie boleh jadi rapat pula dengan Jimbo. Seekor berbulu merah jambu, seekor lagi berbulu oren. Dua dua gebu. Bezanya, Si Jimbo tu kaki pendek. So Jinnie lagi tinggi daripada dia.

Ketujuh ekor kucing comel itu berjalan di tepi jalan raya yang tidak lah terlalu sibuk pada waktu petang ini. Jinnie memandang Jimbo yang sedang terkedek kedek berjalan bersebelahannya. "Jim" Jinnie memanggil Jimbo dengan gelaran singkat.

Jimbo memandang Jinnie. "Meow?" balas Jimbo sambil mengerutkan dahinya. "Aku nak tanya sikit, boleh?" soal Jinnie , seakan berbisik. Jimbo mengangguk. "Tanya je la" jawab Jimbo.

"Uhm...Kenapa Taebu tu tak suka aku?" soal Jinnie sambil menunduk. Jimbo tersentak. "Err...Aku pun tak berapa pasti la Jinnie" kata Jimbo, serba salah.

"Kenapa dengan dia? Macam tak suka je dengan aku" Jinnie berkata dengan nada lirih. "Taebu tu sebenarnya macam kau juga, Jinnie" Jimbo memulakan bicara dengan nada serius.

"Maksud kau?" soal Jinnie, pelik. Belum sempat Jimbo ingin bersuara, Mon sudah memotong percakapannya. "Weh korang, aku jumpa ayam Mc'd ni. Cukup cukup je ni. Siapa cepat dia dapat" kata Mon separa berteriak.

Jimbo dan Jinnie pantas sahaja berlari mendekati yang lain memandangkan mereka berada sedikit jauh berbanding yang lain.

Jinnie baru sahaja ingin menjamah, namun terhenti seketika tatkala Hobie bersuara. "Alamak, tak cukup la untuk kau Taebu" kata Hobie. Mon sudah menggaru telinganya. Alamak~

"Macam mana ek?" soal Jebon. "Uhm" Jinnie bersuara, menarik perhatian rakan rakannya yang lain. "Taebu, kau boleh share dengan aku. Ayam aku besar, boleh potong dua" pelawa Jinnie. Walhal kalau nak dibandingkan dengan yang lain, ayamnya lebih kecil.

"Eh kau ni agak agak la Jinnie, ayam kau tu kecik je tu" Suga bersuara. "Takpe, aku tak kebulur pun. Boleh puasa" kata Jinnie, tersenyum kecil. Ayam itu diletakkan di hadapan Taebu.

Taebu melihat ayam itu dan Jinnie silih berganti. Taebu menjeling sebelum pergi dari situ, meninggalkan kucing yang lain. Jinnie tersentak. 

"Dia tu dah kenapa? Orang nak share makanan kut" Jimbo mula berang dengan sifat mengada dan mengikut perasaan rakannya itu. Jinnie tersengih bersama mata yang berkaca.

"Sokay la, dah jom makan" kata Jinnie dan suasana ketika itu senyap sunyi. Kesemua mereka makan tanpa bersuara. 

[OG] Seven Kittens + BTSWhere stories live. Discover now