1 : Jatuh Cinta Suara Pertama

17.4K 704 59
                                    

Mata pensel dibawa mengasah atas kertas. Dibawa berlari melakar dan terus melakar. Sesekali muka diangkat memastikan lukisan sama dengan gambaran. Ruangan kosong yang dihuni seseorang di sisi aku hiraukan. Mata tetap fokus pada makhluk berbulu putih.

Pensel diletak, senyuman diukir. Sketch book dialihkan daripada riba sebelum ditegakkan.

"Tengok Leo! Saya berjaya lukis gambar awak!" Bangga dalam hati usah dikata, aku pandang bersilih ganti lukisan Leo dan Leo di hujung kaki aku berkali-kali. Mata dijatuhkan pula pada insan di sisi yang mengangkat kening.

"Aku pun boleh buatlah" katanya penuh angkuh. Tapi nampak macam aku kesah pula kan? Abang-abang memang macam tu. Tak nak mengalah dengan adik-adik. Aku hantar jelingan.

"Dah mengaji?" soalnya lagi bila aku selak muka surat seterusnya yang masih kosong. Tangan terhenti, aku gigit bibir bawah. Tersentap! Zupp! Hamek kau, sketch book dalam genggaman dirampas!

"Kau ni, bulan puasa macam ni patutnya banyak mengaji. Kumpul pahala tu banyak-banyak. Pahala bulan puasa ni berlipat ganda, tahu tak?"

"Tahulah"

"Pastu dah tahu buat apa lagi kat sini? Tunggu al-Quran tu merangkak cari kau?"

Dia ni kang. Rengusan dilepaskan tapi dalam hati jelah. Nak mati merengus depan-depan? Lagipun dia suruh benda baik, dapat dosa free pula kang.

"Nanti dah habis mengaji, siap-siap. Ikut pergi Terawih" Lagi dan lagi. Itu ini itu ini. Eeee. Langkah terhenti. Terawih? Aduh. Dalam otak terbayang rancangan yang aku dah susun teratur untuk malam ni. Dah kalau ikut Terawih, hancurlah rancangan aku!

"Aku pergi sepuluh malam terakhir je kot" Perlahan. Cukup perlahan. Tapi cukup untuk didengarinya. Hati please standby kental. Jiwa please kuat sikit!

Tapi kuat mana pun, berdebat pasal agama memang terbakarlah jawabnya. Jiwa yang sudah rentung hanya mampu aku pendam.

"Jangan nak mengadalah. Dengan Allah pun nak berkira ke? Selagi boleh pergi ni pergi. Setahun sekali je dapat Terawih. 8 rakaat, 3 witir. Itu pun nak berkira? Kawan ajak lepak itu ini boleh pula join walaupun last minute?"

Jeng jeng. Langkah kaki laju diatur ke bilik air. Cepatlah ambil wuduk, aku dah terbakar ni woi! Argh taguna!

Oh lupa nak perkenalkan. Tadi tu Daniel. Muhammad Daniel Ariff bin Jamaludin a.k.a abang aku. Daniel ni bab agama tegas dia peh. Kalau dia dah ajak tu, kau pulak berdalih, ready rentung jela. Kaw-kaw je kena bakar pft.

_____________

Ruangan surau yang makin penuh dengan kelibat manusia aku pandang dari jauh. Kembali menoleh ke belakang, aku menanti Mama yang baru turun dari kereta. Laungan ayat Al-Quran melantun di segenap kawasan, menghasilkan kedamaian di bulan Ramadhan.

"Abah masuk dulu, Daniel nak jumpa kawan kejap"

Akur, kami melangkah masuk dahulu ke surau. Namun tahu jela, aku yang bongsu ni memang suka cari pasal hahaks. Mata aku meliar mengekori susuk tubuh Daniel yang menghilang ke tepi surau. Kelihatan seperti dia berjumpa dengan seseorang, aku picingkan mata tapi tetap kabur. Spek mata tak pakai pula.

Kawan dia lah kot.

Kembali berpaling ke ruangan surau sebelum aku dan Mama masuk ke kawasan perempuan. Laungan azan Isyak bergema tidak lama selepas kami berzikir mengisi ruangan kosong, dan pada waktu itulah segalanya bermula.

"Rapatkan saf, pakcik rapat sini sikit ya?"

Aku tersentak. Terpegun. Suara itu, suara....

"Allahuakhbar!"

Love Sacrifice ✔Where stories live. Discover now