2 : Pertemuan

8.1K 546 88
                                    

Pentaksiran Tingkatan 3 atau nama singkatannya PT3 yang bakal aku hadapi hanya tinggal lebih kurang seminggu lebih. Pejam celik pejam celik, sudah empat bulan berlalu sejak peristiwa aku 'jatuh' berlaku. Ramadhan ke 6, malam pertama aku ber-Terawih. Betul sangkaan aku, lelaki itu hanya mengimamkan solat pada satu malam sahaja. Bukan orang sini mungkin. Pape pun thanks to Daniel sebab paksa aku Terawih! Kalau tak, tak dapatlah aku cuci telinga.

Ada sebab kenapa Allah suruh perempuan tundukkan pandangan. Dan sekarang aku sedar kenapa.

Cinta itu tidak mengenal rupa. Kita akan dapat yang lebih berharga jika kita tundukkan pandangan. Tak faham? Okay macam ni.

Kalau muka je hensem, tapi Al-Quran tak baca, solat tunggang terbalik, iman entah ke mana tak dapat juga pimpin anak dara orang.

Tapi bayangkan, muka takleh brain tapi power dalam agama, merdu membaca Al-Quran, iman yang jelas sangat kuasai, kita akan jatuh juga. Malah confirm masa depan terjamin dengan pegangan kuat pada yang Maha Esa.

Alaaa hensem-hensem pun tua nanti berkedut juga, kan?

Siapa kata seorang lelaki soleh tak pandai bercinta? Mereka pandai bercinta, cuma caranya berbeza. Mereka tak guna ayat-ayat manis, ayat-ayat cinta, chia chiia chia semua tu. Mereka gunakan ayat yang Maha Esa, ayat Al-Quran. Mereka mengalunkan dengan merdu, menggerakkan mata hati seseorang dekat kepada Allah, cinta yang tidak ternilai.

Dua dalam satu, lelaki soleh dapat, Allah pun dapat. Tak percaya? Takpe. Aku percaya.

Pendapat orang lain-lain. Buku Matematik aku tutup. Beberapa kali mata dipejam celikkan sebelum badan direbahkan. Seleraknya katil dengan buku pelajaran hanya dipandang dengan mata separuh terbuka. Angka 1 pada skrin telefon membuatkan aku menutup mata. Cukup untuk hari ini.

_________________

"Manoi?"

"Manoi kepala otak kau. Kau kat mana gila?! Majlis dah nak start dah ni!"

Telefon segera dijauhkan daripada cuping telinga. Mak aih! Cair taik telinga aku! Kembali mendekatkan telefon bila nama aku dijerit-jerit di sana, aku menjuihkan bibir.

"Aku kat dataranlah ni. Korang kat mana?"

Mata ber-contect lense dipicingkan mencari kelibat empat ekor monyet yang terlepas. Dan itu dia, melambai dan melompat di suatu kawasan, aku tayang sengihan bila jelingam dihantar mereka. Perkenalkan, Aisyah, Piqah, Ashikin dan Athirah.

"Ambil result SPM tu cuba perangai ubah. Asyik-asyik datang lewat, asyik-asyik datang lewat!" bebel Ashikin, si datang awal. Well, budak dapat anugerah sahsiah diri terbaik, peraturan sekolah kalau nak tengok dia langgar tu memang susah.

Eh dah SPM?! Haaaa jangan terkejut! Novel memang begituu gagahaha.

"Naik superbike pun lambat?" perli Aisyah pula. Aku tetap tayang sengihan dan wajah Piqah pula dicari. Atas bawah atas bawah dia pandang aku. Apa kes budak ni?

"Lawa pula kau?"

"Eh aku memang lawalah, cuma tak tunjuk je" Penuh selamba dan yakin, Piqah di sisi sudah membuat reaksi muntah.

"Tulah kau, lain kali jangan dipuji budak ni" nasihat Athirah sambil tangannya menepuk bahu Piqah. Ah korang memang! Payah nak dengar korang kata aku lawa, puih!

Nama demi nama dipanggil. Aku mencari kelibat Piqah, Aisyah, Athirah dan Ashikin setelah keputusan SPM diambil. Kami terpisah tadi, aku budak Sains Tulen, Ashikin Akaun, Athirah Teknologi dan Aisyah serta Piqah pula Tasawwur. Memang tak dapatlah nak ambil result bersama.

Jumpa saja mereka, nampaknya aku seorang sahaja yang ketinggalan. Cis. Aisyah laju membuka mulut. "Jom? IOI" Aku ternganga. "Diorang on je, kau?" soal Aisyah lagi dan yes, lagi besar aku nganga. Baju kurung yang tersarung di tubuh aku pandang bersilih ganti dengan wajah HGL. Happy Go Lucky, nama team kami. Cemberut terukir.

Love Sacrifice ✔Where stories live. Discover now