"AKU YAKIN 200% MAK CIK BEDAH TU SYOK KAT KAU! KALAU DIA TAK SYOK, TAKKANLAH DIA SANGGUP BAGI KARIPAP 20SEN SATU TU KAT KAU SETIAP HARI!" Jungkook hanya menghela nafas panjang. Karipap 20sen satu yang berada ditangannya tu dipandang.
Setiap malam dia terkenangkan nasib dia yang malang disukai makcik kantin yang berumur lebih kurang 40-an. Sampai habis dia digelar Cik Bedah's Future Husband oleh geng dia.
"Makcik Bedah tu nak sangat kat kau wei. Apa kata kau terima je dia.untung apa boleh makan karipap setiap hari." Jungkook memandang Taehyung. Dari tadi Taehyung dengan Jimin je yang bising pokpekpokpek pasal rumor dia dengan makcik kantin tu.
"Ah kau. Apa kata kau je yang pegi kawin dengan dia. Dari tadi cakap pasal makcik tu. " Jungkook menjeling Taehyung. Cakap pasal makcik tu boleh buat Jungkook gila.
"Aku. Aku nak jugak tunggu Juliet aku muncul. " sambungnya lagi dan tersenyum.
"Kau yakin Juliet kau tu wujud?" Jimin mengangkat kening tanda dia memperlekehkan Juliet Jungkook.
Dan pada saat itu,detik itu, Jungkook menyumpah Jimin jadi sebotol jam nenas.
"Aku yakin Juliet aku tu-" mata mereka bertiga membulat.
Perempuan yang Jungkook terlanggar tadi seakan-akan terbang diudara. Dengan pantas tangan Jungkook cuba untuk menangkap perempuan tu sebab bila-bila masa dia boleh jatuh terhempas di lantai. Dan Jungkook berjaya menyambut.
Buku-buku perempuan tu yang terlayang tadi habis jatuh menghempas lantai seperti bunga sakura yang gugur pada musim bunga yang menghias moment terindah itu. Jungkook memandang wajah perempuan tu yang 100% terkejut.
"-wujud" Jungkook tersenyum selepas menyambung ayat yang tergantung tadi.
Mata perempuan tu ditenung sampai nak terkeluar biji mata Jungkook.
Cantik. Rasanya Jungkook dah jatuh cinta dengan wanita ini.
"Sudikah awak jadi Juliet saya?" Utur Jungkook tanpa sedar dengan harapan yang bergunung si perempuan tu jatuh cinta dengan muka dia yang hensem tu.
Guys, Jungkook riak.
Tapi malangnya perempuan tu menolak Jungkook daripada terus memeluk dia. Rambut yang sedikit berserabai tu dikemas sedikit sebelum matanya memandang Jungkook. Lelaki yang langsung dia tak kenal.
"Kau merepek apa ni?" Dia menjeling Jungkook sebelum mengutip buku yang berterabur atas lantai dan terus berambus dari situ. Sempat dia mengflip rambut dia.
Jimin dan Taehyung menahan gelak.
"Sudikah awak jadi Juliet saya? AHAHHA KEPALA HOTAK KAU LA!!" Jimin dan Taehyung gelak mengalahkan gajah terberanak monyet.
Jungkook mengeluh. Tak pernah ada perempuan yang menolak dia sampai macam tu sekali. Perempuan tu memang rugi