Jungkook's pov
"Dah dah la gelak.. " aku cuba membuat muka simpati tapi lagi teruk aku dibahan.
"Dah dah la tu Jungkook. Baik kau terima je MakCik Bedah tu daripada kau asyik terangan-angankan kau punya Juliet yang tak muncul-muncul tu. " Yoongi hyung still lagi dengan gelak dia.
"Eh dia dah muncul,okey!" Tetiba aku teringatkan perempuan yang aku terlanggar tadi.
"Mana? Mana Juliet kau tu? " Kalini Seokjin hyung pula macam eksaited.
"Ada tu ada. Tapi aku tak tahu kelas dia apa. " mereka semua mengeluh. Namjoon hyung memegang bahu aku,
"Kalau macam tu, terima jelah Makcik Bedah tu. Dah ada depan mata dah pun. Pergi je kantin, jumpa la kau dengan dia. Tak usah cari Juliet kau tu setiap kelas. "
Mereka kembali gelakkan aku.
-------
Rosè pov
Okey. Ni dah asal ramai dok berkumpul tengah jalan ni?
Aku cuba untuk mencelah dicelah-celah gadis-gadis tak kira gemuk ke kurus ke kecik ke besar ke aku celah jugak.
Perghh bau badan masing-masing.
"Arghh.. dah sampai dah sampai!!" Perempuan sebelah aku mula terkinja-kinja macam BigBang yang dah sampai.
Aku cuba memanjangkan leher aku yelah manalah tahu betul-betul ada BigBang. Boleh aku selfie dengan GD.
Tapi malangnya. Ia adalah tujuh orang lelaki yang aku langsung tak kenal. Para gadis mula mengambil gambar dan menjerit. Sumpah aku nak tanya ni. Sapa diorang bertujuh ni?
Aku cuba keluar dari zombie-zombie ni semua tapi malangnya badan aku ditolak-tolak mereka lagi-lagi yang berbadan besar. Kalau tolak aku kebelakang takpelah jugak boleh aku keluar terus tapi ni tolak aku kedepan!
Aku cuba untuk mengeraskan badan tapi malang apabila aku terdengar para gadis menjerit histeria dan aku tertolak dengan lebih kuat sehinggalah aku rasa bebas.
Ahhh.. adakah aku berada di syurga sekarang ni?
Dah takde berhimpit-himpit seakan aku sorang je yang ada kat dunia ni.
Dah takde bau badan yang boleh buat aku hilang deria bau untuk selamanya.
Dah takde bunyi jeritan histeria para gadis macam aku tengah duduk dalam library yang diawasi oleh pengawas setiap penjuru.
Aku buka mata. Oh serious rasa pelik. Asal aku duduk atas lantai pulak ni?. Aku memandang sekeliling. Kelihatan para gadis memandang aku dan berbisik antara satu sama lain.
KEPELIKAN APAKAH YANG SEDANG BERLAKU NI WAHAI RAKAN-RAKAN?
Aku memandang sekeliling sehinggalah mata aku terhenti di kaki seseorang. Oh bukan seseorang tapi err.. biar aku kira.
Satu..dua.,tiga..empat..lima..enam..tujuh..
Wait. Tujuh?!
-----
Jungkook's pov
Ahhh indahnya dunia bila diminati ramai. Aku dan yang lain berjalan acah seperti kamilah raja.
Aku tersenyum kepada beberapa perempuan dan oh, mereka menjerit histeria. Tetiba aku terasa nak buat something.
Aku memberi flying kiss kearah seorang perempuan yang merakam aku dan serta merta SEMUA gadis disitu terjerit histeria. Tetapi sekejap je.
Selepas ada perempuan yang terjatuh betul-betul dihadapan aku.