Rose pov
Kaki dihala kearah pejabat. Kalau bukan sebab appa aku kena bertukar, aku takkan datang ke sekolah yang pelik ni. Alangkah terkejut babunnya aku bila ada orang melamar aku jadi Juliet. Dahla tetiba pulak tu.
Pintu pejabat dibuka. Kelihatan seorang perempuan yang membelakangi aku.
"Er. Anyeonghaseyo. " kening diangkat sebelah menunggu jawapan dari perempuan tersebut.
"Ouhh.. here you are Roseane Park! " perempuan tersebut menepuk tangan dengan kuat sehingga ada beberapa staff yang memandang.
Okey, dah asal perempuan ni happy semacam ni?
"So, I am Saloma but you can call me Sunny. Nice to meet you,dear. "
Okey. So kat sini Rose boleh buat konklusi bahawa bukan setakat pelajar sekolah ni sahaja yang bermasalah tetapi guru pun terkena juga virus gila.
"I am your class teacher. " sambungnya lagi sebelum menarik tangan aku untuk keluar dari pejabat tu.
"Awak tak rasa ke macam staff-staff lelaki tadi asyik perhatikan saya? Ughh.. kenapalah jadi orang lawa ni sangat memenatkan erk?" Dia mengipas wajahnya.
Okey. Rose terasa tangan dia gatal nak bagi penampar.
------
Rosè pov
"Asal awak lawa sangat?"
"Awak nak jadi menantu mak saya tak?"
"Awak dah kawin ke?"
"Awak nak duduk dalam hati saya tak?"
Aku menrollkan mata. Ugh.
Miss Sunny yang kelihatan seperti jeles sebab aku dapat perhatian budak lelaki kelas tu mula menepuk tangannya.
Budak lelaki mentah macam ni pon kau nak jugak ke apa?
"I don't think its a question. " Miss Sunny senyum terpaksa.
Aku nampak pelajar perempuan dalam kelas tu mula membuat muka cemberut. Langsung takda senyuman dekat wajah diorang.
"You can go to your seat. " miss Sunny mula menunjukkan meja aku dan aku pergi.Well.. aku jadi perhatian ramai kat sini y'alls. //flip hair//
-----
"BHAHAHHAHAH!! KAU DAPAT LAGI KARIPAP TU?!!" satu suara garau mula memecahkan suasana yang sunyi tadi. Punyalah aku kusyuk baca buku rujukan math ni, habis hancur aku punya fokus.
Suara garau tadi dicari biar senang kerja aku nak hempuk guna penyapu. Tapi hampa. Cuma bunyi gelak ketawa yang masih kuat dan satu suara yang berkata ' tak lawak pon. '
Aku tercari-cari suara tu. Leher aku dipanjangkan tapi hampa, hanya suara gelak saja dari tadi.
Bahu aku disentuh seseorang. Ouh, perempuan meja belakang aku. Aku hanya membuat muka kenapa?
"Jangan berani dekat dengan diorang. "
HAA KEGILAAN APA PULA NI? DEKAT DENGAN SAPA NI?
Okey. Asal muka perempuan ni macam nak makan aku ni?
Aku menelan air liur.