Aireen Syafeeya p.o.v
"SAYA dah kata, siapa yang lambat kelas saya lebih daripada 10 minit, saya tak benarkan masuk!" Tinggi suara Sir Zuhdy. Aku menunduk diam. Air mata yang sudah lama bertakung, kini pecah dek kerana sedih yang teramat sangat.
"Sila keluar." Ringkas sahaja arahannya namun ianya cukup untuk menghancurkan hati aku. Sir Zuhdy kembali ke hadapan kelas. Aku masih berdiri di situ, kaku.
"Sir, tolong sir. Izinkan saya join kelas sir. Izinkan saya sir." Perlahan aku merayu namun cukup kedengaran di telinga semua orang di situ.
Sir Zuhdy kembali ke arahku. "Bagi saya lima sebab kenapa saya kena bagi awak peluang untuk masuk kelas saya walaupun awak lambat." Aku diam seketika. Nafas aku hirup perlahan dan hembus tenang. Air mata aku kesat dengan tanganku.
"Pertama, saya kerja sampai pukul lapan. Kedua, saya datang sini kayuh basikal. Ketiga, saya datang nak tuntut ilmu. Keempat, saya dah bayar. Kelima, hanya ni saja waktu untuk saya study." Sir Zuhdy tersenyum sinis.
"Awak keluar. Saya tak perlukan student macam awak, biadap, penipu, menjawab. Keluar. Lepas ni jangan masuk kelas saya sebab saya taknak tengok muka awak dah."
Semua maklum, yang ambil kelas tusyen di situ semuanya orang kaya-raya. Maka pastinya pelik jika orang miskin seperti akumengikuti kelas di situ.
"Menjawab? Sir tanya saya, saya jawab. Apa salah saya?" Soalku. Ya Allah, apa salah aku ya Allah?
"Keluar, jangan lengah masa saya." Sir Zuhdy malas mengendahkan aku.
"Kalau begitu pulangkan duit saya. Pulangkan duit yang saya bayar. Saya tak halalkan satu pun duit saya jadi duit gaji sir. Sebab pada saya, ini semua tak adil!" Sir Zuhdy berang. Not 100 diambil 10 keping dari dompetnya dan diberikan kepadaku. Semua yang berada di situ diam membisu.
"Keluar." Aku mengira duit itu. Lebih RM400. Tangan Sir Zuhdy aku tarik dan pegang. Duit lebih yang berada di tanganku, aku letak di atas tangan sir.
"Saya tak perlu duit ekstra. Saya nak duit saya je." Aku berlalu. Keluar saja dari kelas tersebut, aku berlari menuruni tangga. Sakitnya dada.
Aku terduduk di suatu sudut yang agak terlindung. Tangisan kekecewaan dan kesedihan aku hamburkan di situ.
Ya Allah, apa salah aku? Beratnya ujian Kau, ya Allah. Ya Allah, berilah hidayah kepada aku. Apa yang perlu aku lakukan selepas ini, ya Allah?
Aku merintih. Tanpa sedar, mataku terkatup. Tertidur aku di situ.
Suasana dari dalam kelas
"So class, saya tak kesah kalau awak datang lambat. Tapi jangan melawan bila saya suruh kamu buat sesuatu. Saya tak suka student saya biadap dengan saya. Faham?" Nasihat Sir Zuhdy. Para pelajar mengangguk faham. Semua bersurai.
Zuhdy menuruni anak tangga menuju ke arah keretanya, BMW Z4. Tiba-tiba, matanya dapat ternampak pelajar yang dianggap biadap sebentar tadi.
'Eh budak ni memang betul-betul naik basikal ke?' Soal hatinya. Rasa serba salah mula menyelebungi hatinya.
'Mana ada kawasan perumahan sekitar ni, dia duduk kat mana? Adushh, the heck betul. Serba salah lak duh.' Monolog Zuhdy dalam hati. Dia menahan Aireen Syafeeya.
Aireen Syafeeya yang sedang mamai agak terkejut melihat sir nya yang berada tidak jauh dihadapannya itu.
'Ahhh patah balik, patah balik.' Getus hatinya, gelabah. Tidak sempat dia memusingkan basikalnya itu, Zuhdy sudah memegang basikalnya.
"Lets talk!" Aireen Syafeeya diam. Perlahan-lahan dia merenung wajah sir nya itu.
"For what?" Sinis Aireen Syafeeya membalas.
"Im sorry. Saya tak sangka awak tak tipu. Saya ingat awak buat alasan je untuk masuk kelas saya." Zuhdy serba salah. Jelas kelihatan mata remaja di hadapannya itu bengkak kerana menangis.
Aireen Syafeeya turun dari basikalnya.
Wajah sir nya itu ditenung dalam-dalam. Keluhan berat dilepaskan. "Sir ada nak cakap apa-apa lagi?"
"Emm, kita duduk-duduk dulu nak, saya belanja minum." Zuhdy memujuk. Aireen Syafeeya menggeleng kepala.
"Saya dah lambat. Saya kena balik." Baru sahaja Aireen Syafeeya ingin menunggang basikalnya, Zuhdy memegang tangan Aireen.
"Saya hantar awak balik." Aireen melepaskan pegangan Zuhdy.
"Tak perlu." Aireen Syafeeya mula mengayuh basikalnya. Namun, dia mengundur kembali.
'Dia nak minum dengan aku ke?' Fikir Zuhdy.
"Saya patah balik bukan untuk minum dengan sir. Cuma saya nak pesan.. dengar dulu penjelasan seseorang sebelum sir buat keputusan. Jangan rendah-rendahkan orang lain. Saya tahu saya miskin. Tapi untuk pengetahuan sir, saya cari duit sendiri untuk bayar yuran tusyen paling mahal yang 'orang kata' paling the best kat kawasan ni tapi tak sangka.. layanan ini yang saya dapat. Saya tahu saya salah, tapi saya betul-betul rasa layanan sir terhadap orang macam saya ni tak adil. Saya tak ada ayah. Ibu saya sakit tenat. Abang saya belajar jauh dari kami. Saya kakak sulong di rumah. Tuisyen satu-satunya tempat untuk saya belajar selain sekolah. Kalau kat rumah, saya perlu uruskan tiga orang adik saya. Masa untuk belajar agak terbatas. Saya marah sangat sir. Saya kecewa sangat dengan sir. Tapi tak apa, saya yakin ada hikmah. Mungkin Allah nak tunjukkan tempat yang lebih baik dari tempat ni. Akhir sekali, saya tak nak simpan dendam. Saya taknak sakit hati. Jadi, saya maafkan sir. Maafkan saya juga. Assalamualaikum." Zuhdy kerkaku. Dadanya terasa seperti ditikam-tikam.
Aireen Syafeeya berlalu. Air matanya tidak berhenti-henti tumpah. Sambil mengayuh, mulutnya beristighfar. Mencari ketenangan.
Jangan lupa vote dan comment kay?
YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita
Romantizm"Awak keluar. Saya tak perlukan student macam awak, biadap, penipu, menjawab. Keluar. Lepas ni jangan masuk kelas saya sebab saya taknak tengok muka awak dah."- Zuhdy Asyaari "Saya marah sangat sir. Saya kecewa sangat dengan sir. Tapi tak apa, saya...