"Sebab saya dah pernah rasa kesusahan yang lebih berat daripada kes haritu. Hidup saya dah sedia susah. Apa yang jadi haritu pun pada saya berat. Tapi.. saya tak rasa dengan mengenang dan melayan perasaan sedih saya untuk kejadian tu boleh buat hati saya tenang." Feeya tersenyum. Sungguh dia telah memaafkan gurunya itu.
"Lagipun saya yakin Tuhan akan beri saya yang terbaik. Walaupun sir tak bagi saya join kelas sir haritu, tapi harini saya tetap belajar dengan sir. Cuma bezanya Tuhan nak bagi saya peluang yang limited sikit, saya dapat sepenuh perhatian daripada sir. So kalau ada apa apa, saya boleh rujuk sir. Sir pun boleh fokus pada saya, tahu apa yang saya lemah, apa yang saya dah improve, kan?" Terang Feeya panjang lebar tentang hikmah yang dia fikirkan di sebalik ujian yang berlaku pada dirinya tempoh hari.
Zuhdy tersenyum sambil mengangguk faham. Dia kagum dengan anak muridnya itu namun malu dengan dirinya.
"Okay Feeya, so tugasan untuk awak ialah senaraikan segala benda yang awak tak faham waktu belajar dengan cikgu kat sekolah. So nanti bila setiap kali mula kelas, bagitahu saya awak lemah part mana dalam chapter tu okay?" Feeya mengangguk.
"Thanks sir! 😊"
"Welcome! And saya kena gerak dulu sebab ada kelas. Kita jumpa isnin okay?"
Feeya mengangguk. Sir Zuhdy berlalu.
'Alhamdulillah ya Allah atas rezeki ini :') '
Sorry semua lambat update and part ni pendek. Sis busy sangat-ii ni baru masuk uni berlambak dah esaimen. Sorry tau.. insya Allah sis akan terus update. And jangan lupa vote, share and add to your reading list 💖 #LOTSOFLOVE
![](https://img.wattpad.com/cover/112120630-288-k280546.jpg)
YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita
Romance"Awak keluar. Saya tak perlukan student macam awak, biadap, penipu, menjawab. Keluar. Lepas ni jangan masuk kelas saya sebab saya taknak tengok muka awak dah."- Zuhdy Asyaari "Saya marah sangat sir. Saya kecewa sangat dengan sir. Tapi tak apa, saya...