Aireen Syafeeya termenung jauh. 'Kat mana aku nak amik tusyen ni?' Aireen melepaskan keluhan berat.
'Takpe feeya. Ade hikmah semua ni. Ada hikmah.'
"Huii..jauhh nau termenungnye tu." Aireen Syafeeya tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja Uncle Said menegurnya.
"Eh, uncle.. auntie. Sorry, Feeya terleka sekejap tadi hehe." Aireen Syafeeya meminta maaf. Uncle Said dan Auntie Ros yang merupakan pemilik restoran tersebut tersenyum.
"Feeya ada masalah ke? Kalau tak keberatan, Feeya boleh je share dengan uncle dan auntie. Kalau ada apa-apa yang kami boleh bantu, kami akan bantu." kata Auntie Ros .Aireen Syafeeya tertunduk.
"Feeya cuma sedih je. Bila teringat ibu dan adik-adik di rumah, Feeya tahu Feeya tak ada pilihan lain selain bantu ringankan beban ibu. Feeya tak salahkan takdir yang Allah tetapkan untuk Feeya tapi Feeya kadang-kadang sedih. Keputusan peperiksaan Feeya merosot, lebih-lebih lagi subjek kimia. Feeya daftar tuisyen tapi Feeya rasa macam Feeya tak sesuai dengan cara cikgu tu ajar so Feeya berhenti." Aireen Syafeeya tunduk, air matanya yang hampir mengalir itu dikesat.
"Alhamdulillah, Allah temukan Feeya dengan uncle dan auntie. Banyak pertolongan yang uncle and auntie beri, kehidupan kami sekeluarga pun alhamdulillah makin baik. Mungkin ianya hasil bantuan ikhlas oleh uncle dengan auntie. Besar jasa uncle and auntie, Feeya memang tak mampu nak balas. Feeya doakan moga Allah sentiasa balas jasa uncle dan auntie dengan ganjaran yang besar." Tersedu-sedan Aireen Syafeeya meluahkan kata. Auntie Ros dan Uncle Said sudah lama sebak. Aireen Syafeeya ditarik kedalam dakapan Auntie Ros.
"Auntie dan uncle dah anggap Feeya macam anak kami dah sayang. Lepas ni kalau ada apa-apa, Feeya cerita je pada kami. Kalau ada masalah, share je dengan kami sayang. Kami akan sentiasa dengar sayang." kata Auntie Ros dengan suara sebak. Teruk Aireen Syafeeya menangis dalam dakapan Auntie Ros.
"Moga Allah permudahkan urusan Feeya. Moga Allah beri kekuatan pada Feeya dan keluarga." Doa Uncle Said.
Keesokan harinya..
"Feeya, uncle nak cakap sikit ni." Aireen Syafeeya berjalan ke arah Uncle Said.
"Cakap apa uncle?"
"Haritu Feeya kata Feeya lemah kimia kan?"
Aireen Syafeeya angguk.
"Uncle and auntie dah jumpa tutor yang hebat dan bagus untuk Feeya. Pasal payment, Feeya jangan risau. Biar uncle dengan auntie yang uruskan." Aireen Syafeeya terkedu.
"Eh uncle, sokay la. Feeya boleh study kat rumah je. Takyah susah-susah. Feeya rasa macam menyusahkan uncle and auntie je." Uncle Said tersenyum.
"Tak apa Feeya, ini je yang kami mampu bantu. Feeya dah kerja rajin-rajin dah kat sini. Feeya tak sama macam pekerja lain. Walaupun Feeya baru tingkatan lima tapi Feeya sangat menyerlah kesungguhannya. Terpancar dari riak wajah dan kata Feeya. Anggaplah ini hadiah dari kami." Aireeen Syafeeya terharu.
"Terima kasih, uncle. Tapi.. Feeya nak minta sesuatu."
"Minta apa? Insya Allah uncle dan auntie tunaikan."
"Feeya nak bayar sendiri duit tuisyen Feeya. Feeya bukan tak hargai uncle dan auntie tau. Feeya bersyukur sangat sebab Allah kenalkan Feeya dengan uncle auntie. Feeya terharu sangat dengan usaha uncle auntie. Tapi.. Feeya nak cuba berdikari. Feeya.." Uncle Said mengangguk.
"Uncle faham. Kalau itu yang Feeya minta, kami tak boleh halang. Kami sentiasa hormati keputusan Feeya. Cuma jangan lupa, kalau ada tak cukup atau apa.. jangan diam ya. Beritahu kami." Aireen Syafeeya mengangguk. Dia menunduk hormat Uncle Said.
"Terima kasih uncle. Terima kasih banyak-banyak. Feeya sayang uncle dengan auntie sangat-sangat." Maka mengalirlah air mata kesyukuran dan kegembiraan Aireen Syafeeya. Uncle Said menganggguk dengan senyuman ikhlas di wajahnya.
"Mulai esok, jadual tugasan Feeya akan berubah. Feeya akan bertugas dari petang sampai pukul 9 malam. Lepas balik sekolah, terus datang sini untuk tuisyen ya? Uncle dah reservekan bilik kosong belakang tu sebagai bilik belajar Feeya." Aireen Syafeeya mengangguk. Air matanya masih lagi mengalir.
"Terima kasih, uncle. Terima kasih." Uncle Said angguk lagi. Terharu dan tersentuh sungguh hati Aireen Syafeeya dengan kebaikan Unce Said.
"Feeya boleh sambung kerja." Aireen Syafeeya mengangguk
Keesokan harinya...
Aireen Syafeeya terkaku seketika. 'Betul ke apa yang aku nampak ni?' soal Feeya sendiri.
"Se.. sir buat apa kat sini?"
"Awak buat apa kat sini?"
Serentak mereka bersuara tatkala mata bertentang mata.
Kedua-duanya diam tidak menjawab soalan. Krik krik krik krik.
Uncle Said datang ke arah mereka. Sambil tersenyum, Uncle Said memperkenalkan Zuhdy. "Feeya, perkenalkan tutor Feeya yang baru. Nama dia Zuhdy Asyaari, anak saudara uncle." Membulat mata Feeya.
'Like.. like seriously? Sir akan ajar aku? Habislah.' Soal Feeya di dalam hati.
Feeya menunduk hormat. Dia sedaya upaya cuba mengawal reaksi wajahnya.
"Ni pula anak murid baru kamu, Zuhdy. Namanya Aireen Syafeeya. Pekerja muda kesayangan Papa Ed and Mama Ros. Dia pernah join tuisyen dulu, tapi berhenti." Zuhdy membisu.
'Jangan la kata budak ni bagitahu yang aku halau dia.'
"Kenapa Feeya? Uncle lupa laa. Sebab kamu tak sesuai dengan pusat tuisyen tu ya?" Feeya mengangguk perlahan.
Zuhdy lega. Wajah Feeya yang tertunduk itu dipandang lembut. 'Baik jugak budak ni. So, betullah dia memang kerja sendiri. Aduhaiii. Serba salah pulak aku. Haishh.'
"Kamu berdua duduk lah sembang-sembang dulu. Feeya boleh cerita kat Zuhdy part mana Feeya lemah." Ujar Uncle Said. Feeya dan Zuhdy mengangguk serentak.
Mereka duduk di satu meja. Senyap.
Bersambung..
Jangan lupa vote, comment and letak kat reading list 💓
![](https://img.wattpad.com/cover/112120630-288-k280546.jpg)
YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita
Romance"Awak keluar. Saya tak perlukan student macam awak, biadap, penipu, menjawab. Keluar. Lepas ni jangan masuk kelas saya sebab saya taknak tengok muka awak dah."- Zuhdy Asyaari "Saya marah sangat sir. Saya kecewa sangat dengan sir. Tapi tak apa, saya...