Suasana di meja senyap. 'Adeh, awkwardnya ya Allah. Dah la hari tu aku buat drama air mata dengan sir. Aishh menyesal pulak aku luah semua benda kat dia.' Monolog Feeya sendiri.
Namun demi untuk tidak menjanggalkan suasana, Feeya bangun.
"Awak nak pergi mana?" Soal Zuhdy.
"Ambil buku." Feeya berlalu.
Zuhdy menyandarkan badannya pada kerusi, 'Tak sangka budak ni kerja. Baru form 5 tapi dah kerja. Ya Allah serba salahnya aku halau diaaa. Dahlah anak yatim.' Zuhdy menyesal. Di meraup wajahnya.
Feeya datang dengan buku latihan dan nota kimia. Dia duduk di depan tutornya itu. Lalu terus dibuka tajuk tajuk yang tidak difahaminya.
"So awak nak start belajar dari awal or awak nak belajar apa yang awak tak faham je?" Soal Zuhdy.
"Saya rasa macam saya nak start dari awal sebab nak kukuhkan lagi tajuk yang saya dah faham tu. Tapi sempat ke?"
"Insya Allah sempat. Cuma jadual awak pack sikit lah. Awak okay tak?" Soal Zuhdy lagi. Feeya mengangguk.
"So biasanya student kat tusyen akan belajar seminggu sekali dengan saya. Kalau awak nak speed. Kita akan jumpa 4 kali seminggu. Deal?"
"Berapa?" Feeya tidak menjawab soalan Zuhdy.
"Ini first time saya tutor orang.. so saya ambil RM 10 satu kelas. Means seminggu 4 kelas so RM 40. Sebulan 16 kali jumpa so RM 160. Deal?" Sebenarnya Zuhdy sengaja mengenakan harga yang rendah untuk Feeya kerana dia tahu Feeya kurang berkemampuan. Lagi pun niat dia mengajar bukan untuk mendapatkan duit yang banyak tetapi untuk berkongsi ilmu dengan mereka mereka yang tidak gemar akan subjek kimia.
"Deal. Tapi.. tak murah sangat ke? Ye lah. Kat tusyen yang sebulan 4 kali jumpa pun saya kena bayar RM 300 satu subjek." Ujar Feeya. Sedikit keliru.
"Tu tusyen. Kertas, kemudahan, aircond, elektrik, surau apa semua dia yang sedia kan. Sebab tu mahal." Jelas Zuhdy.
"Oooo. Jadi bila kita boleh start?" Feeya menyoal.
"Minggu depan. Setiap hari isnin, selasa, khamis, jumaat. Isnin dan selasa untuk subjek form 4. Khamis dan jumaat untuk subjek form 5, okay?" Feeya mengangguk sambil tersenyum.
"Thank you sir and.. minta maaf pasal haritu." Suara Feeya perlahan seperti serba salah. 👉👈
"Sepatutnya saya yang minta maaf sebab.." tak sempat Zuhdy menghabiskan ayatnya, Feeya memotong kata.
"Tak apa sir.. yang berlalu biarlah berlalu. Saya maafkan sir. Sir maafkan saya tak?"
"Saya maafkan."
"So settle." Feeya tersenyum manis. Zuhdy terkedu. Pertama kali dia melihat senyuman yang indah sebegitu. Subhanallah.
Mereka terus berbual bual. Menceritakan sedikit sebanyak latar belakang keluarga masing masing.
Sambil sambil Feeya bercerita. Zuhdy memerhatikan perwatakan Feeya.
'Hebat budak ni. Dia boleh berubah dalam sekelip mata je. Macam semalam orang lain, hari ni orang lain.'
"Awak tak awkward ke dengan saya?" Soal Zuhdy, curiga.
"Haa?" Feeya membuat muka pelik.
'Dah kenapa sir ni tanya soalan macam ni. Kang kalau aku senyap, dia pulak yang awkward. Haih dia takkan tahu kot yang aku buat macam ni sebab aku tak suka dan taknak keadaan jadi awkward. Dah lah aku akan jumpa dengan sir ni banyak kali.' getus Feeya sendiri, panjang.
"Macam mana awak boleh move on dengan kes haritu?" Terpancul soalan itu dari bibir Zuhdy. Feeya memandang sir nya itu dengan pandangan tenang. Pandangan Zuhdy hanya pada wajah Feeya yang senyumannya nampak begitu tenang.
Bersambung..
Sorry lambat update 💓 jangan lupa vote, comment and follow 😍
YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita
Romance"Awak keluar. Saya tak perlukan student macam awak, biadap, penipu, menjawab. Keluar. Lepas ni jangan masuk kelas saya sebab saya taknak tengok muka awak dah."- Zuhdy Asyaari "Saya marah sangat sir. Saya kecewa sangat dengan sir. Tapi tak apa, saya...