Hari Ketiga (Part 3)

175 11 0
                                    

"Kalau semua main-main aje kerja, korang kena pergi kawad dalam air!"

Marah Pyka kepada ahli kawad akibat kami semua asyik bermain sahaja sehingga selalu melakukan silap yang sama. Tapi, aku tidak la ada dalam golongan itu.

Aku melihat kawasan air di sudut hujung itu bagaikan banjir sebelum melihat hadapan semula. Aku rasa yang lain hanya merasakan Pyka hanya main-main sahaja tapi aku kenal semua jenis suara dan aku tau Pyka menggunakan jenis suara marah.

Aku mengeluh dan terus menerus ikut arahan Pyka tanpa cuba buat silap. Tapi, pada pertengahan kawad tetiba Pyka mengarahkan kita semua berhenti.

Aku pun ikut kan sahaja, perasaan aku berdebar-debar bagaikan aku yang buat salah tapi Pyka melihat orang lain iaitu Jik.

"Jik, kau pergi masuk dalam lepak air tu sekarang.", Pyka memberi nada suara yang tegas dan riak muka yang muram, aku yang melihat itu terasa gementar tapi Jik bagaikan tidak rasa tergugat, bagaikan ini bukan satu kemarahan.

Pyka terus memberi arahan yang sama dengan nada dan riak yang sama, tapi makin Jik tidak mengikuti makin tinggi nada nya itu.

Aku baru sahaja ingin bergerak tapi terlebih dahulu Afiera bercakap dengan Jik.

"Kau tak nak gerak, aku suruh kak Ally paksa kau. Kau nak? Kau nampak kan camna dia marah pagi tadi an? Baik kau gerak.", ayat Afiera membuat Jik membisu dan dalam beberapa saat baru dia bergerak ke dalam air yang dikatakan oleh Pyka.

Aku melihat dia masuk dengan kasut sekolah nya itu membuat badan aku terasa 'goosebump'. Aku tetiba dapat rasakan air memasuki dalam kasut sekolah membuatkan kaki kita terasa lembap di lilit juga dengan stokis. Adoi. Geli nya.

Ahli kawad yang tidak berada dalam air hanya terdiam melihat Pyka memberi arahan kepada Jik yang berada di dalam air itu. Di percik-percik nya air di sekeliling kaki nya sewaktu dia menghentak kaki nya itu.

Dalam beberapa minit, barula Pyka membenarkan Jik keluar dari banjir itu.

"Jik, kau boleh duduk tepi. Baris akan menghadap ke kiri ke kiri pusing!", kata Pyka saat dia memusingkan badan melihat ahli kawad sementara Jik cuba mendapat nafas nya sambil perlahan keluar dari kawasan banjir itu.

"Satu, dua, satu!", teriak suara ahli-ahli kawad mengikuti arahan Pyka.

"Since korang bukan main happy buat salah banyak kali, aku nak korang semua berkawad jalan melepasi kawasan air itu," arahan Pyka seakan-akan ingin membalas dendam terhadap kami semua. Yang lain-lain terus merungut tanda tidak setuju tapi ini mungkin tindakaan yang seharusnya seorang komander lakukan.

"Ala, tak mati pun lalu kat air itu." kata-kata Aiman di belakang aku yang sibuk menyilang lengan nya membuat aku melihat dia.

Aku yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepala dan berkata, "Aiman confom lari kan masa masuk air kang."

Aiman pun melihat aku dan berbalas, "eh mana ade, saya ni lelaki la kak~ Akak tu yang lari punye~"

"Eh takkan nya," bantah aku sebelum pandang ke hadapan selepas menerima gelak kecil dari Aiman.

"Squad! Dari kiri cepat jalan!" ahli kawad mula mengikut arahan walaupun tidak ingin lalu di atas air. Yang gadis-gadis sudah mula merungut manakala lelaki? Sama juga tapi mengalahkan perempuan rungutan itu.

Makin hampir ke kawasan air itu, makin tinggi nada-nada suara rungutan itu. Aku yang mendengar hanya mampu menggigit bibir akan rasa kelembapan pada kaki nanti.

Sampai di dalam air, semua termasuk la Aiman dan Afiera terus keluar barisan sambil cuba menyelamatkan kasut serta seluar mereka yang sudah basah. Aku rasala kan hanya aku sahaja yang berkawad hinggala Pyka suruh berhenti.

Crushku JuniorkuWhere stories live. Discover now