Hari Ketiga (Part 4)

186 13 0
                                    

"Wow caya la, Rolan!"

Aku hanya mampu gelak melihat Afiera gembira sokong junior, Rolan. Kenapa?

5 minit lalu, aku dan Afiera sibuk berborak sambil menunggu latihan kawad petang dimulakan. Ahli lain-lain belum sampai tapi kawan-kawan Pyka seperti Ros, Rolan, Richard telahpun terlebih dahulu tiba sebelum kami berdua. Hamzah akan sampai lambat kerana dia berkata dia ingin memotong rambut nya dulu.

Sewaktu kami berdua berborak, Rolan tetiba menuju ke bahagian tengah jalan raya dan berdiri tegak seakan-akan menunggu kereta merempuh nya. Aku memberhentikan kata-kata Afiera dengan menunding jari aku ke arah Rolan.

Afiera pun melihat ke arah yang aku tunjuk dan apa yang akan berlaku lagi membuat kami berdua terkejut. Rolan secara tiba-tiba lagi menari tanpa lagu dan Afiera yang meneliti tarian tersebut mula sedar apakah tajuk lagu tersebut.

Mata terbeliak Afiera menandakan dia terkejut membuat dia bangun dengan segera sebelum laju mendekatan kawan-kawan rolan yang sokong dirinya itu.

"Aku tau tarian ni! Ni tarian Playing With Fire oleh BLACKPINK kan?", tanya Afiera sambil mata nya meneliti tarian si Rolan

Richard yang terdengar kata-kata Afiera terus berkata, "eh akak pun tau lagu ni?"

Afiera laju menganggukkan kepala nya. Tanpa dia sedar, dia pun terus menyokong Rolan bagaikan crazy fans aku tengok.

Aku sekadar gelakkan Afiera dan dalam masa yang sama aku kagum melihat bakat junior sendiri dalam seni menari.

Aku mengeluarkan telefon aku dan merekod video tentang Afiera yang happy melihat tarian serta meminta pelbagai jenis tarian kepada Rolan. Juga, aku rekod video tentang Rolan yang sedang menari pada masa yang sama.

Setelah beberapa minit aku dan Afiera bergembira melihat ade junior yang meminati k-pop, muncul akhirnya ahli-ahli kawad yang laun

Aku melihat seorang demi seorang muncul di kawasan itu, Rolan yang sibuk menari tadi mula memberhentikan segala aktiviti nya dan duduk bagaikan tidak ada apa yang berlaku.

Aku menyimpan phone ku ke dalam poket belakang ku dan mula bersandar ke beg di belakang aku.

Afiera turut membuat perkara yang sama tetapi beralaskan paha ku yang aku luruskan kaki.

Tak lama selepas itu, Pyka bangun dari tempat duduk nya dan bergerak ke tempat kawad.

"Baris di hadapan saya!"

Aku memukul perlahan bahu Afiera dan dia bangun dari 'nap'. Setelah itu, kami berdua mula bergerak masuk ke dalam barisan.

Pyka mulakan latihan kawad tanpa membuang masa.

--------

Cahaya mentari memancar ke atas kepala kami semua yang baru sahaja berkawad selama sejam. Aku mengipas muka ku dengan tangan ku sementara yang lain-lain menundukkan kepala tanda penat serta kepanasan.

Pyka, Hamzah, dan dua lagi ahli lain; Rolan dan Richard juga berbuat demikian walaupun mereka hanya la berada di luar kawad, melihat para ahli kawad berkawad.

"Eh Pyka, kawad tempat berteduh please. Panas ah", kata Ros, kawan Pyka yang memecahkan senyap sunyi di sekeliling.

Pyka melihat sekeliling sambil menghembus nafas. Aku melihat Afiera yang telah duduk mencangkung.

'Semua dah macam penat je ni...' kata hati aku.

"Wei Pyka, bagi semua rehat la dulu. Biar aku yang cari tempat berteduh.", kata Hamzah sambil menepuk bahu Rolan yang berada di sebelah nya.

Crushku JuniorkuWhere stories live. Discover now