knock knock
Daun pintu kelas diketuk. Aku yang sibuk menyalin nota terus memandang ke arah pintu, seorang lelaki memasuki kelas setelah dia mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada waktu itu. Beberapa saat kemudian, lelaki itu mula menghampiri meja ku.
''Ally. Wey, nak tak join kawad bomba untuk hari kesukanan nanti?'' tanya lelaki itu.
Aku memandang nya dalam beberapa saat sebelum aku menjawab pertanyaan nya.
''Tapi, aku tak pandai kawad la. Takpe kalau aku join even aku tak tau langsung kawad ni?'', jawab aku kepada lelaki itu.
Lelaki itu adalah Haziq. Pengerusi unit beruniform kadet bomba pada tahun ini. Dia menyerahkan kertas yang dipegangnya kepada ku lalu berkata, ''Tak ape.. Aku boleh ajar kau basic kawad.''
Lalu, aku mengambil kertas tersebut dan mengisi nama aku dalam kertas tersebut. Pada masa yang sama, aku sempat lagi bertanya kepada rakan-rakan lain yang sama unit beruniform dengan aku, ''Korang nak tak join kawad bomba? Mamat ni nanti tolong tunjuk ajar kat kita kalau korang tak pandai."
Secara tidak langsung, Afiera menyergah aku dari belakang.
''Wey, aku nak join.'' ''Nak gak, nak gak.''
Seorang lagi bersuara iaitu Marinna yang duduk di sebelah aku. Aku hanya menganggukkan kepala atas kenyataan mereka lalu menulis nama mereka didalam kertas tersebut. Afiera perasan bahawa kembar nya Afieqa tidak ambil peduli langsung tentang hal kawad unit beruniform dan dia mula bertanya soalan kepada kembarnya,
''Wey, Iqa. Kau tak nak ke?''
Afieqa dengan segeranya menggelengkan kepalanya sambil membuat latihan yang diberi oleh guru sebentar tadi. Afiera berasa pelik lalu menanya soalan lagi.
''Asal kau tak nak join?''
Afieqa hanya mengeluh lalu meletakkan pen yang dipegangnya dan memandang muka kembarnya.
''Kawad maksudnya berteduh di kawasan terbuka dimana kita berteduh di bawah cahaya matahari untuk beberapa jam. Senang cite, kawad buat muka aku jadi merah. So, nak elakkan muka aku jadi merah, aku ambil keputusan tak nak join. Faham tak?''
Afieqa memberi senyuman fake nya lalu kembali semula dengan kerja latihan. Afiera hanya mengangkat bahunya lalu pandang ke arah aku yang memberi kertas kepada Haziq semula.
Haziq pun mengambil semula kertas itu dan mula berkata setelah senyap melihat kami berbincang.
''Dah selesai? Okay la, uh. Oh. Petang ini kita ada latihan kawad. So, kalau korang boleh stay ataupun ade masa, datang la ye. Latihan mula dalam pukul 3 petang. Habis latihan pula dalam latihan 6 petang.''
Aku, Marinna dan Afiera hanya menggangguk. Marinna dan Afiera mula kembali ke tempat asal mereka dan kembali kepada kerja latihan yang diterima sebentar tadi. Aku pula, hanya melihat Haziq menuju ke arah guru dan menundukkan kepala kepada guru atas tanda terima kasih lalu menuju keluar dari kelas.
Aku hanya mengeluh sambil melihat rakan2 aku yang khusyuk menjawab soalan. Selepas beberapa saat melihat mereka, aku pun kembali ke dunia belajar.
------------
Sekolah telahpun berakhir. Aku dan kawan-kawan aku segera pulang ke rumah untuk menukar baju.Aku mula meletak barang peribadi ke dalam beg sandang untuk dibawa ke sekolah. Adik aku yang muda setahun dari aku yang ingin lalu sahaja di hadapan bilik ku terhenti apabila terlihat aku berpakaian sukan berserta tudung. Dia berasa pelik kerana hari ini merupakan hari isnin dimana semua pelajar dilarang memakai baju sukan malah aku masih lagi tidak menanggalkan tudung sekolah.
YOU ARE READING
Crushku Juniorku
Kısa HikayeKadet Bomba. Satu² unit beruniform yang buat aku aktif pada tahun terakhir persekolahan. Masuk semata-mata inginkan jawatan serta markah kokurikulum. Makin aku aktif, makin aku suka akan kadet ini. Kenapa? Aku tersuka budak kadet bomba. Tapi malang...