Lelaki

11 1 0
                                    

Biar sehancur mana Dia dicincang dunia.
Tak mati walau bertalu disiksa.
Jasadnya takkan meronta dia sudi
Suka tak suka tak beza
Bibirnya duduknya sama
Tak duli.

Kalau tak tau jiwanya
Seringnya dikeji nista
Dia gigih jadi lelaki.
Entah gimana dia bertahan di selalu
Takkah lenguh dia berjalan
Meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi.

Lelaki
Sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
Moga nanti
Datang hari untuk kau betul-betul dihargakan
Jatuh bangunmu
Gagah lemahmu
Tidur bangkitmu
Tumbuh patahmu

Setiapnya kerna perempuan

IzzuddinAriffin
Isnin 12 jun 2017
23:25PM

CERITERAWhere stories live. Discover now