Ini yang pertama dalam hidup
Ini yang pertama dalam keluarga
Ini yang pertama dalam tahun ini
Dan ,
Segalanya yang pertama Menyambut AidilFitri
Tanpa seorang insan yang bermakna,Insan yang istimewa,Insan paling disayangi,Insan yang digelar seorang AYAHJauh dari sudut hati,Dalam dari lubuk jiwa
Menjadi kesedihan kasih yang pergi
Tidak akan sama dihari mendatangWalaupun penuh keceriaan dan kebahagiaan
Tapi tidak kembalikan beliau yang telah pergi
Tidak apa lagi yang bermakna semuanya berubah kerana Dia
Akan tiba Airmata Syawal dipagi raya
Mengenangkan nostalgia bersama
Yang menjadi kisah kenangan indah
Dihari tua buat aku dan sekeluarga .AYAH ,
Aidilfitri tahun ini berlainan , berubah dan tidak semeriah seperti adanya dirimu sebelumnya ,
Aidilfitri ini terasing dan kami mengenangkan kenangan kita sekeluarga dihari raya
Bukan kerana tidak menerima utusan Illahi ,
Tapi kami menyayangi dirimu dan selamanya dihati kami ,
Tenanglah Ayah dialam bersama Pencipta dan Tuhan Yang Esa ,
datanglah didalam mimpi kami ketika kami merinduimu dan hanya doa kami selalu bersamamu kami menyayangi dan merinduimu selama Allah mengizinkan roh didalam jasad kami .
Ini nukilan lebaran aidilfitri buat ayah
Segalanya kami pendam dan kami simpan
Hanya Allah memahami .Semoga jasadmu bersama orang beriman dan mulia disisi Allah Maha Pengasih dan Penyayangi .
AL-FATIHAH
YOU ARE READING
CERITERA
RomanceCeritera sisa sisa kehidupan Yang aku jadikan nukilan Segala rasa Kasih Rindu Suka Duka Cinta Luka Semoga yang tiba itu akan jadi segala kenangan pahit manis yang akan dikenang sampai bila bila