Ramai

6 1 0
                                    

Mana datang sekumpulan manusia
Yang hadirnya memberi seribu kata
Dalam keramaian tidak akan ada makna
Saling berlawan suara supaya diketengahkan .

Dari mana datangnya silaturahim
Yang takkan ada kepastian satu talian hayat
Sepertinya aku ini jalan yang kosong
Diletak papan tanda yang hanya mengelirukan .

Sedalam mana lautan yang airnya gelap
Tidak siapa tahu sebelum merenanginya
Dan jika kau lemas dalam mengusahakan
Sebanyak mana semangat pelampung dilontarkan .

Kerana aku menghitung seseorang itu
Sepertinya aku mahukan sebuah kapal
Yang didalamnya orang yang disimpan
Seperti mana banyaknya kawanan ikan
Dilaut dalam yang gelap luas
Tapi mampu menghidupkan segala makhluk .

Takkan ada apa yang mampu buat kau puas
Melainkan sehingga satu masa nanti
ALLAH uji kau dengan rasa
Hati mati dan sepi
Ketika itu tiada guna berteriak
Dengan kata saudara
PAKDIN.CO

CERITERAWhere stories live. Discover now