Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Di riuh engkau berdiriSatu persatu hilang ertinya
Berdikit dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergiHaus tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukanKau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepiSayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
kau tahu
Namun tak kau akukanApa kau cari
Yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti
Yang sesungguh sungguhnya
Malam siang beganti
Jawabnya tetap samaSayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
kau tahu
kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan
YOU ARE READING
CERITERA
RomanceCeritera sisa sisa kehidupan Yang aku jadikan nukilan Segala rasa Kasih Rindu Suka Duka Cinta Luka Semoga yang tiba itu akan jadi segala kenangan pahit manis yang akan dikenang sampai bila bila