BAB 1

1.2K 28 2
                                    


MATANYA terpaku lagi buat kesekian kalinya, terpaku pada susuk tubuh tegap yang tidak pernah jemu mengunjungi seseorang yang sudah pasti bertakhta di hati paling teratas. 'Bertuah kau, budak! Sebijik macam sleeping beauty kau sekarang!' monolog seorang hati. Matanya memerhati, sang puteri sedang beradu dan sang putera dengan wajah sugulnya. Sang putera setiap hari datang dengan harapan dapat mengejut lena panjang sang puteri tetapi sayang sang puteri pula sibuk melayan dunia gelapnya. Dengan Endotracheal tube di dalam mulut, ventilator memperpanjangkan hayat, bunyi-bunyi dari berbagai alatan monitor, sungguh, sang puteri bukan mengharapkan sekadar ciuman sakti tetapi cinta sejati.

"Buat apa kau kat sini? Tak guna kau kat sini! Dia tak perlukan kau!" bulat mata melihat adegan tidak dijangka. 'Owh.. jangan bertumbuk sudah!' Getus hati mula cuak melihat dua orang lelaki kacak bila-bila masa akan berhentam. 'Haih.. sleeping beauty kau punya pasal la ni!'

"I have the right and don't need your permission to stay!" balas lelaki yang baru sahaja sampai. Sampai-sampai, dah diajak berhentam. 'Tu la, masa sleeping beauty sedar diri tak ingat pula tentang hak. Huh, nasib baik hati ini tak sempat nak tersangkut dengan mamat supercold tu! Erk, Iye ke? Hehe.. adalah sikit.. normal la, kan! Aci potong kuku kalau hati tak goyang dengan mamat kategori hensem macam tu. Siapa yang tak nak jadi kekasih encik doktor, kan!'

Tetapi, sedihnya bila melihat hero seorang lagi itu. Setiap hari datang tanpa jemu ke sini melihat sleeping beauty masih tak bangun-bangun. Bila kau nak bangun, sleeping beauty? Kasihan dua orang mamat ni. Seorang muka monyok macam cekodok basi dan seorang lagi muka macam tapai masam. Berkerut-kerut muka depa menengok hang tak mau bangun-bangun. Sudah-sudahlah tu bawa diri dalam dunia gelap tu.

"Hm.. aku balik dulu, Del!" bisik Edlin dari kejauhan, bukan waktu yang sesuai datang melawat temannya sekarang. Edlin sempat mencuri pandang kedua mamat hensem itu sebelum beredar. Masing-masing sedang merenung perempuan yang mereka sayang menerusi dinding kaca. Hati Edlin sebak. Hatinya juga rindu dengan temannya itu. Adelia merupakan teman baiknya yang paling rapat sepanjang bekerja di hospital ini. Mereka berdua bersama memulakan tugas di hospital ini selepas menamatkan pengajian di kolej jururawat. Apa yang berlaku terhadap Adelia sangat memberi impak kepadanya. Dia juga sayangkan Adelia dan berharap semoga Adelia cepat sedar. Adelia, bertahanlah..

Keluar saja dari ICU, Edlin menggunakan tangga untuk turun. Bersemangat menggunakan tangga untuk turun ke tingkat bawah. Sengaja nak membakar lemak-lemak degil di pehanya. Edlin sempat menggosok-gosok pehanya yang mantap. Haish.. lemak.. lemak.. susah hati betul!

"Eh!" bahu dirempuh kasar. Menonong pelaku yang merempuh bahunya menuruni tangga. Langsung tak menoleh, jauh sekali nak memohon maaf selepas perlanggaran. Bikin hati Edlin panas aje!

"Hello, brader!" cepat betul mulutnya bukak sound besar-besar! Sakit dowh, main langgar aje!

Tak sempat nak membilang anak tangga menuruni, lelaki itu terpaksa menoleh ke belakang kerana terasa sangat dirinya yang kena sound. Rahang Edlin sikit lagi nak terjatuh bila terpandang lelaki itu. Owh.. mamat tapai masam rupanya.
Edlin tekup mulut. Mata lelaki itu hanya memerhati Edlin dengan renungan yang susah nak dijelaskan.

"Tak apa, tak apa, teruskan.." tangan Edlin tergayang-gayang ke depan. Memberi isyarat supaya lelaki itu mengabaikan sahaja apa yang berlaku di situ.

"Sorry.. tengah rushing!" lelaki itu sempat memohon maaf dan zass.. terus hilang di tingkat tiga. Hanya kedengaran pintu kecemasan tertutup rapat.

Edlin terkelip-kelip. Aura lelaki itu tertinggal di hati Edlin. Terasa sesuatu yang pelik sedang menyelusuri hatinya. Mata tu, betul-betul panahan arjuna! Edlin sentuh dadanya yang dup dap semacam.

'Ed, sedar diri tu sikit!' Edlin menggelengkan kepalanya beberapa kali bagi centre sedikit kepala otaknya. Tiba-tiba nak jadi bingung, apa hal!

IRFAN tidak dapat menahan dirinya lagi. Jika dia masih berlama di situ, tak pasal-pasal semua benda di sekeliling ICU melayang ke udara macam UFO karang. Huh, kalau diikutkan hati mahu dipatah-patahkan kesemua anggota badan houseman hingusan itu satu persatu. Biar paralyse satu badan baru puas hatinya. Bila diingatkan balik waktu di labour room dahulu teruk juga mamat itu dikerjakannya. Berbirat lebam di merata muka. Itu pun belum cukup membalas apa yang telah lelaki bedebah itu pernah lakukan terhadap Adelia. Teringatkan perempuan kesayangannya masih belum sedarkan diri Irfan menjadi terlalu sayu. Delia, bertabahlah! Saya sentiasa ada untuk awak, Delia..

PEMILIK HATI ENCIK DOKTORWhere stories live. Discover now