BAB 4

582 8 0
                                    

EDLIN letak skuternya di barisan parkir motosikal. Tidak lama kemudian, Shasha pula tiba dengan motosikalnya. Mereka berdua baru balik dari bekerja pagi. Sewaktu berjalan ke arah Shasha, tiba-tiba sebuah kereta Honda CRZ berhenti di sebelah Shasha. Edlin nampak Shasha berbual-bual dengan pemandu kereta mahal itu. Belum sempat Edlin sampai ke tempat Shasha, Honda CRZ telah berlalu.

“Siapa tu?” tanya Edlin.

“Oo.. tu Dr Azrul, MO ENT..” beritahu Shasha siap tersengih. Malu-malu..

“Bila masa pulak kenal ni?” pelik, masa bila pula teman serumahnya berdating dengan doktor? Selama mereka tinggal serumah, tak nampak pula Shasha ni ligat keluar dengan mana-mana lelaki. Itu yang buat dia terkejut!

“Baru kenal semalam,” selamba.

Edlin buat muka curiga.

“Rileks la kak.. semalam pergi ENT hantar pesakit, Sha bagi fail pesakit sambil tu Sha selit call number Sha,” terang Shasha tak habis tersengih dari tadi.

“Hah?” Edlin susah nak percaya, biar betul Shasha ni, selamba gila!
“Rileks la kak.. untung-untung dia call Sha, paling tak pun kena tong sampah. Cuba nasib aje.. doktor kak.. siapa yang tak nak jadi kekasih encik doktor!” mudahnya budak seorang ini berkata-kata. Mana perasaan malunya seorang perempuan?

“Biar betul Sha, tak malu eh?” tak percaya sungguh!

“Buat apa nak malu, Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad yang mulakan dahulu perhubungan dengan nabi kita, inikan kita umatnya. Cuba aje, lain-lain fikir kemudian..” memang tebal betul muka tembok cina Shasha ni. Edlin tak terkata.

“Sha tak rasa mudah sangat bagi call number pada lelaki?” perempuan yang  mulakan dahulu seperti pergi mencari timba, nampak tak elok di mata orang. Shasha pula begitu mudah memberi nombornya kepada lelaki. Kalau terbagi kepada orang yang salah, yang berniat jahat bagaimana? Doktor-doktor juga belum tentu baik budinya. Tidak terfikirkah, Shasha? Tidakkah merbahaya?

“Call number aje, bukan nombor mesin ATM, kalau bagi pun berapa sen sangatlah yang ada kat dalam tu, kenapa nak susah sangat!” tak habis-habis dengan selambanya.

“Sha, kalau terbagi pada orang yang salah bagaimana? Gila seks ke?”

“Kak, nak bagi pun tengoklah dulu orangnya, macam Dr Azrul ni..” Shasha sengih lagi, teringat kembali bagaimana dia begitu nekad memberikan nombornya. Shasha benar-benar jatuh hati melihat Dr Azrul mengagah, mengambil bayi berada di dalam babycot yang nak dihantar ke NICU. Shasha perhatikan, doktor itu selamba memeluk, mencium bayi yang baru ditemui di hadapan lif tanpa rasa malu biarpun ramai pelawat hospital melihat telatahnya. Sweet gila! Sebab itu, bila terjumpa doktor itu di klinik ENT tanpa rasa malu Shasha nekad. Jika jodoh sudah ditentukan..
“Kak.. perasaan tu.. bila tiba masanya, akak akan tahu nanti,” ujar Shasha. Ada perkara tidak dapat diterangkan, kena praktikal dahulu baru tahu.

Edlin jeda, cuba nak faham tapi macam susah nak faham.

“AWAK, awak.. Ed..” Edlin pusing kepala, siapa yang sibuk panggil dia di tengah-tengah alam macam ni. Kacau orang nak berjogging aje! Edlin pandang sekeliling Tasik Putrajaya. Terus tegak lehernya tatkala terlihat doktor anaest Adel. Doktor anaest Adel? Istimewa sungguh sleeping beauty seorang itu, ada doktor anaest persendirian.

“Larh.. doktor ke?” Edlin terkejut, boleh pula terjumpa doktor lemau seorang ini di sini. Dari riak wajah terkejut bertukar riak curiga. Stalker ke apa ni? Selalu sangat bertembung.

“Kat mana saya pergi selalu terjumpa doktor, suratan atau kebetulan? Atau, doktor ni stalk saya..” kata Edlin dengan keningnya diangkat sekali bersama renungan curiga.

PEMILIK HATI ENCIK DOKTORWhere stories live. Discover now