BAB 6

514 0 0
                                    


“BARRIER..” Shasha, tiba-tiba..

Edlin pandang Shasha yang baru lepas mandi. Tengah rancak mengeringkan rambutnya.

“Apa tu?” Edlin tak faham.

“Barier nursing tahu?”

“Oo.. standard precaution untuk pesakit dan care giver. Jadi?” belum tangkap apa nak disampaikan oleh Shasha. Metafora sangat!

“Apply pada hidup kita, barrier in love. Halangan dalam cinta.. langgar saja dinding tu, kak! Buat apa segan-segan!” selamba. Nasihat apa tu? Barrier nursing, untuk halang jangkitan daripada pesakit kepada yang lain atau daripada orang lain kepada pesakit. Apa kena mengena?

“Masalah problem akak ni.. barrier.. halangan.. jangan halang hati untuk menakluki satu hati, dan jangan halang hati ni untuk ditakluki,” perghh.. Edlin boleh ternganga dengan kata-kata Shasha.

“Sha.. otak kau tersumbat apa? Sejak kau dengan doktor telinga, hidung, tekak kau tu, semacam aje kau sekarang. Barrier la sangat!” bantal dibaling ke arah Shasha. Tergelak budak tu!
“Kak, dialah telinga, dialah hidung, dialah tekakku, tau!” Shasha gelak-gelak. Dia pun sama, asyik dengan cinta yang mula mekar. Oh, Dr Azrul.. tangan ke dada.

“Hm.. tapi dia suka orang lain la Sha. Suka bukan setakat suka biasa-biasa tapi luar biasa,” Edlin kembali monyok. Kenapa hati cepat sangat kena tawan?  Susahlah kalau macam ni.

“Hah, iye ke?” Shasha jeda seperti berfikir.

“Hm.. macam susah aje..” Edlin belum apa-apa sudah berputus asa.

“Pap!” tepat-tepat bantal jatuh ke muka. Siapa lagi yang rasa nak membaling kalau bukan Shasha. Bengang kakak serumahnya sudah berputus asa sebelum berjuang. Belum apa-apa lagi sudah angkat bendera putih.  Mana tak melayang bantal ke muka, padanlah muka!

“Hei..” Edlin menjerit. Tak pasal kena baling dengan bantal, apa hal?

“Jangan cepat putus asa macam ni, kena berani!” kedua belah tangan digenggam penuh semangat betul-betul di hadapan muka kakak serumahnya.

“Berani tu kalau ada jual kat pasar malam selonggok sepuluh ringgit dah lama akak beli la..” Edlin mencebik. Kalau setakat cakap memanglah mudah. Nak mulakan langkah tu, aduh mak aihh.. lemah lutut cheq! Lagi pun, hati lelaki itu Edlin sangat pasti masih untuk Adelia. Dia nak sibuk-sibuk di hati lelaki itu, ingat mudah?

“Okey, nampak macam complicated tapi tak mustahil, kan! Kak, Kak!” panggil Shasha siap tepuk-tepuk peha kakak serumahnya.
“Apa?” suara pun lemah.

“Aja-aja fighting!” Tahulah, addict drama korea nak bagi semangat pun nak ala-ala heroin drama korea bagi semangat pada heronya. Shasha bersungguh!

“Hm..” Edlin mencebik sampai sepet mata. Macam comel la kononnya!

“Kak, muncung itik macam ni kalau jual kat pasar malam sepuluh ringgit selonggok pun orang tak mau beli, buruk!” kutuk Shasha terus bingkas bangun. Sebelum bantal melayang baik dia blah!

“Sengal!” jerit Edlin juga bangun. Tapi, Shasha dah selamat tutup pintu biliknya rapat-rapat.

EDLIN baru nak meletak kepala ke bantal, telefon bimbit cabuknya berdering. Edlin capai terus jawab tanpa melihat siapa yang memanggil, bajet tahu sangat siapa yang menelefon. Siapa lagi kalau bukan mak tersayang.

“Mak, kak long nak tidoq dah, mak nak hingaq tunggu cheq balik dulu naa..” Edlin dah tahu sangat emaknya kalau telefon tu tiada perkara lain nak bertanya kalau bukan pasal kahwin. Sibuk bertanya dah ada calon atau belum. Masalahnya, mak heboh bertanya tapi tidak pula heboh mencari calon untuknya.

“Hello..”

Kepala baru nak menecah bantal terus menegak. Suara lelaki!
“Er.. hello.. siapa..?” tanya Edlin sambil gigit kuku. Macam pernah dengar aje suara.

“Saya ni..”

Okey, jantungnya terus berlari 1000 meter tanpa henti.

“Oh.. doktor..” Edlin cuba mengawal suaranya yang nyata gugup. Tangan diletakkan ke dada, terasa jantungnya melantun laju.

“Dah tidur?” soalan pada jam sebelas malam, Edlin tarik nafas. Mungkin masa macam ni bagi sesetengah orang lain baru nak  memulakan harinya tetapi baginya dah tentu-tentu nak tidur.

“Boleh la.. tidur-tidur ayam.. karang-karang baru nak tidur-tidur gajah..” Edlin tidak semena-mena menguap besar siap keluar yang huarghhh…

Kedengaran suara Irfan tergelak. Tak habis-habis nak gelakkan orang! Edlin menggumam.

“Mengantuk sangat la tu..” ujar Irfan lembut tetapi kedengaran manja di telinga Edlin. Lemah, lemah segala urat sendinya mendengar.

“Mengantuk..” tiba-tiba terkeluar suaranya seperti merengek. Edlin jelir lidah dengan jari telunjuk ditunjuk ke lidah yang dijelir. Lagak seperti meluat dengan dirinya sendiri.

“Dengar suara awak.. tiba-tiba jantung macam lemah aje. Tone seksi sangat kot!” Irfan gelak lagi.

Edlin terkelu, suara lelaki itu sangat-sangat menusuk ke hati. Kenapa lelaki itu bersikap begini dengannya? Dia tidak kuat menampung perasaan yang semakin menular di hatinya sekarang. Tolong la..

“Doktor call saya kenapa, ya?” tanya Edlin ingin tahu jika ada hal penting. Dia tidak boleh asyik melayan perasaan yang tidak tahu hala tujuannya. Karang dia juga yang parah nak mengubati hati.

“Esok awak free tak?” tanya Irfan seperti teragak-agak.

Edlin yang mendengar juga teragak-agak takut tersilap dengar.

“Hah?”

“Esok saya off tapi saya tak tahu nak pergi mana? Nak duduk rumah macam boring..” Irfan cuba mengajak Edlin keluar. Tetapi, terselit perasaan bersalah sepertinya dia menggunakan Edlin sebagai pelepas rasa bosannya. Dan, dalam waktu yang sama mengalihkan fikirannya daripada memikirkan Adelia yang entahkan bila akan bangun. Irfan rasa dia tidak patut tetapi tetap melakukannya. Tidak tahu kenapa?

“Hah?” Edlin macam tersalah dengar. Dia mimpi ke?

“Teman saya keluar jalan-jalan esok, nak?” kali ini Irfan mengajak secara serius. Mungkin Edlin tidak percaya dengan ajakannya.

“Ah, okey..” Edlin setuju dengan riak wajah sangat terkejut, mata bulat! Kalaulah Irfan melihatnya pasti akan ketawakannya sambil guling-guling. Reaksi melampau!

“So, kita jumpa esok, saya datang ambil awak kat rumah, boleh?” Irfan telah tetapkan temujanji mereka dan juga berbesar hati ingin menjemput Edlin di rumah.

Lagi bulat mata Edlin dibuatnya. Edlin cubit pehanya yang terasa sakit jadi dia bukan bermimpi.

“Ah, boleh.. boleh..” mata Edlin terkebil-kebil. Biar betul!

Talian ditamatkan tetapi jantung Edlin masih berlari kencang. Edlin kipas-kipas mukanya yang terasa menyimbah panas. Fuhhh..

PEMILIK HATI ENCIK DOKTORWhere stories live. Discover now