Pagi sahur, ibu tak kejut kami aku bangun dulu tolong ibu goreng nasi arghhh ngantok weh ! Ibu menyuruh aku kacau nasi aku pun kacau malas je yalah ngantok kan?. Lepas beberapa minit aku panggil ayah dengan semua bersahur aku perasan ibu tak makan sangat cuma makan secuit mcd dia beli malam tadi takpala asalkan dia tahan untuk berpuasa, ibu ada juga minum nestum bagi lah tenaga sikit. Selesai sahur aku kemas kemas dapur bersihkan apa yang patut yang lain dah terbaring "ibu" tengok TV layan cerita drama dia "seharum mawar" yang dia recorde semalam .ibu suruh aku ambil telefon pintar dia aku turuti saja ,pagi itu aku perasan ibu diam tak cakap banyak aku tak fikir apa ahhh mungkin ibu penat .selepas tu aku terus naik atas yalah nak siap mandi sekejap lagi azan ibu panggil katanya ayah nak pinjam rm10 aku mulanya berat hati nak bagi tapi bila ibu kata "nanti ibu ganti " ibu jerit dari bawah aku bagi sajalah. Ibu salam ayah cium peluk dan senyum seperti hari biasa sebab ayah nak pergi kerja. Lepas saja ayah pergi kerja ibu kata dengan adik aku dia nak tidur dan dia suruh adik aku urut dia hmmm mungkin ibu sakit badan lagi agaknya kan?. Kalini ibu tidur berbeza dia tidur secara duduk tiba tiba dalam ibu tengah tidur ibu jatuh secara sujud kaki lipat weh!. Secara peribadinya i know ibu tak boleh lipat kaki dan tak boleh solat normal! Adik aku panggil ibu "ibu, ibu jatuh bu " ibu membatu diri adik aku baringkan ibu betulkan posisi kakinya bila dibuka lampu terlihat wajah ibu macam dah masuk angin biru!. Adik aku lajukan langkah memanggil kakak aku kakak aku bergegas turun terus panggil abang aku dan waktu itu aku mandi secara tiba tiba aku dengar teriak suara mereka lagaknya sedang terburu buru, aku laju kan langkah pakai pakaian aku kemudian turun selepas itu apa yang aku lihat ibu...
YOU ARE READING
ibu
Spiritualeprilog. aku terpana, saat doktor membawa mayat yang terbujur kaku tidak sedar kan diri mayat yang dibawa keluar sudahpun dibungkus dengan begitu kemas, aku tertanya apakah ini ujian atau dugaan besar bagi aku?. Aku keliru sumpah aku keliru saat maya...