Awan berarak mendung, burung berterbangan bagaikan tiada arah tuju pasti mencari anak anak nya Ah mana mungkin aku tahu mereka mencari anak! Panas bercampur penat sampai sahaja di surau asyakirin ibu aku disolat dengan cepat nya sekiranya disolatkan lambat nanti waktu azan ketiga waktu maghrib dosa. Aku tidak menyempat untuk solatkan ibu takpa solat di hari lain doa anak anak soleh itu penting!. Diluar bertemu rakan senyum dan menangis itu sahaja yang mampu aku buat apa lagi selain tangisan berderai! Haritu surau asyakirin penuh dengan umat islam Allah ibu ramai sayang ibu sumpah kakak cakap!. Penuh dan ramai ingin mencium ibu, aku minta laluan untuk mencium arghhhh kalini apa nak jadi jadilah aku tak larat nak menahan air mata lagi aku tumpahkan saja air mata ini membasahi pipi .tatap ibu ,peluk ibu, cium ibu dua kali dan terakhir kali .Lelaki angkat ibu bawa ibu pergi, ibu nak pergi mana? Bagaikan kanak kanak kecil aku jadi kebingungan dan sangat bingung ahhh aku diam sejenak. Melihat ibu diangkat masuk ke dalam van jenazah aku hanya mampu menangis dan redha kumpulkan segala semangat yang ada, aku laju menuju ke arah ayahku aku tanya pada ayah "kakak boleh naik sekali ke? " ayah waktu itu busy juga tapi laju saja memberi respon pada aku "hah boleh boleh " .Apa yang aku kagum tentang ayah dia sangat kuat senyum yang tanda dia redha dengan pemergian ibu "isteri tersayang" ,jiwa raga hanya mampu menahan sebak sedang jasad ibu dibawa pergi tinggalkan ayah terkapai kapai.
Perjalan diambil untuk ke pelangi 2 hanya mengambil masa 15 minit nasib sahaja jalan tidak jem .Haritu sungguh senang jalan Agak lengang hm acapkali manusia sedang bersedia untuk berbuka atau tidak keluar rumah? Jangkaan aku saja tapi tidak mengapa itu semua tiada harga buat aku sedang yang berada didalam keranda bertulisan dengan ayat suci AlQuran didalamnya keranda terkandung sebuah tubuh kaku ibu. 'Allah kemana harus aku cari kekuatan lagi untuk terus hidup tanpa seorang insan bernama ibu'.
Matahari makin melabuhkan tirai siang akan berputar ke malam .sampai saja ibu diturunkan dan dimasukkan kedalam tanah Allah sungguh aku sebak ya Allah ibu kau pergi jua. Ramai hamba Allah datang pada hari itu sungguh ramai sayang pada ibu sumpah aku kagum! Senyum saja aku lihat ibu ditanam. Selesai ditanam ustaz untuk membacakan doa sampai, bacaan doa dimulakan dengan surah alfatihah dan surah lain lain kemudian salawat keatas nabi junjungan besar .Bila ustaz itu sebut sahaja nama ibu 'wahai mazniwati binti rohani' aku pejam mata kata didalam hati "ibu andainya ini takdir dan qada dan qadar yang Allah sudah tentukan untuk kita sekeluarga kakak redha ibu walaupun hati berat melepaskan ibu pergi sesungguhnya kakak rindu sungguh pada ibu sumpah tak tipu!. Selesai bacaan doa semua sedara mara rakan rakan ibu dan orang ramai beransur pulang mengejarkan berbuka puasa, pada waktu itu aku tiada hati ingin berbuka atau makan cuma aku ingin air saja tekak terlampau kering sampai dirumah semuanya berlainan .aku tatap rumah agam sederhana didepan aku ,aku masuk kedalam dengan wajah sebal hati ,mulut dada, otak berkata "kalau ibu ada mesti ibu gembira kerana saat ibu kata ibu ingin masak banyak pada harini sebab adik beradik ayah dengan ibu ingin datang ,hajat ibu telah tertunai ibu tertunai moga ibu tenang disana kakak rindu ibu! Takkan hilang walau secebis kenangan pun dengan ibu iloveyou ".
YOU ARE READING
ibu
Espiritualprilog. aku terpana, saat doktor membawa mayat yang terbujur kaku tidak sedar kan diri mayat yang dibawa keluar sudahpun dibungkus dengan begitu kemas, aku tertanya apakah ini ujian atau dugaan besar bagi aku?. Aku keliru sumpah aku keliru saat maya...