Share Ilmu 1

16 3 9
                                    

[Perkongsian dari grup wassap
Wattpad In The House]

Iman itu yazid (btambah) wa yankus (bkurang).. Naik kerana ketaatan n bkurang kerana kemaksiatan..so sila muhasabah n jihad!!

Kenang blk mcm mna waktu iman power dulu so berusaha unt buat balik/kembali pd ketika itu. Plg pntg jaga sholat
Bykkan istighfar n bunuh that maksiat 😅

Bak kata ustaz fiy... "Kita niat kena besar... Tengah sapu sampah.. Niat semoga  apabila kita sapu dengan asbap segala dosa kita akan terhapus.."
Itu contoh..

Hidup ini ibarat musafir...

Sabda Rasulullah s.a.w. ; jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara...

Kenapa???

Cuba kita letakkan situasi kita pada satu tempat...

Ibarat

Hidup kita ini adalah travel..

Dunia kita ini pula adalah RnR

Akhirat kita pula adalah Destinasi..

Faham x?😅

Kene ingat beberapa perkara tentang kehidupan di dunia ini...

Hiduplah di dunia ini dengan mengikuti jalan yang di tetapkan dan di redhoi Allah..
Maka jadilah hidup kita di dunia ini untuk bercucuk tanam..
(Membuat amal kebaikan)..

Hiduplah di dunia ini dengan bersabar terhadap ujian yang datang...

Kadang² Allah jadikan matahari untuk menyinari bukan untuk menyakiti.. Tetapi manusia sering merasa sakit akan panas terik..

Manusia tak pernah lari dari lalai... Al insan itu sendiri bermaksud lupa... 

Dalam satu hari mesti ada perkara yang kita lalaikan... Jika di biar.. Lama² makin hari makin bertambah lalai...

Macam mana kita nak keluar dari sarang nie??

Tekad pada diri yang saya  boleh buat...

Kita selalu degil dengan perkara² yang tak berfaedah..

Cuba kita degilkan diri kita untuk agama Allah..

Tak susah... Nak buat.. Cuma susah nak istiqomah..

Memang betul..
Mula² memang payah...

Macam orang lepas koma dia nak jalan balik... Banyak kali dia kena latih diri untuk kembali jalan..

Perlahan²

Allah tahu niat kita...
Ustazah fiy selalu pesan... Jangan kita tinggalkan solat hajat... Walaupun sehari...
2 rakaat sudah mencukupi...

Beliau pernah cerita...

Sebap kitaorang niy pelajar.. So dia lebihkan cakap pasal ilmu ..

Beliau sakit.. Setahun jugak.. Asma teruk.. Sangat teruk sampai biru muka...

Fiy pernah nampak waktu dia jadi senior fiy dulu..

Esokkantu ada exam.. tahun last..

Nota memang tak sempat nak baca..

Apa semua tak sempat..

Tengok pon tak sempat.. Kene jumpa doktor.. Masukkan gas.. Macam² la..

Nak menangis dah masa tu... Sebap esok last exam... Klu gagal kene ulang balik satu tahun..

Hanya satu beliau buat... Solat hajat.. Menangis betul²

Akhirnya.. Dia adalah pelajar no. Satu... N sekarang ramai menjadikan beliau tempat rujukan..
.

Klu kami dalam kelas ada masaalah  beliau akan tanya..
Dah solat hajat???
[
Dulu fiy tak pernah nak amik kesah.. Apa yang ustaz or ustazah cakap... Sebap tiap hari cakap benda yang sama...

Kadang² rasa macam ustaz nie tak ada nak cakap pasal benda lain ka...

Lagi ² bila ustazah fiy selalu pesan..

"Kamu semua memang tak nampak apa yang kamu faham selama kamu belajar di sini... Kenapa setiap hari ustaz n ustazah cakap benda yang sama... Supaya kamu ingat!! Mungkin tak ada siapa yang akan  datang tanya dalam hidup kamu.. Sebap kamu masih di dalam kotak.."

Tu tanggapan fiy waktu dulu² la...

Tapi sekarang fiy paham...

Fiy cuba cari kawan.. Kawan dengan orang yang fiy x kenal pon..

Sekarang fiy betul² faham apa yang di perkatakan oleh ustaz n ustazah..

Kita walaupun manusia sama ja ciptaannya..
Ada tangan ada kaki..
Tapi keunikan Allah bagi pada kita lain² ada orang dia susah faham satu benda tapi dia cepat selesaikan satu benda.. Macam² lagilah...

The moral of story.. Pesan guru jangan di lupa walaupun telinga kita dah nak karat mendengarnya... Dengarlah selagi Allah bagi kita nikmat untuk mendengar...
Ibu bapa pon begitu...

Kenangan Ini Where stories live. Discover now